Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Kadar Baru Passport Malaysia Terkini 2015...

$
0
0

Yoooo!!! Baru jer hari tu soh seh soh seh kata nak "renew" passport Farah di dalam entri di SINI... tiba-tiba Alhamdulillah, berita terkini yang diterima pagi ini dari HotFM mengatakan bahawa ada kadar baru passport Malaysia... Jeng jeng jeng jeng... "I like to move it, move it, I like to move it, move it"... Ha ha ha...suka macam orang yang layak dapat BR1M dan orang kerja kerajaan yang dapat bonus semalam jer... Melampau betul... 

Melalui sumber di SINI


Satu notis arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia memaklumkan bahawa kadar bayaran membuat atau memperbaharui passport untuk tempoh lima tahun bagi warganegara Malaysia adalah sebanyak RM200.

Kadar bayaran baharu tersebut menyaksikan pengurangan sebanyak RM100 jika dibandingkan dengan kadar harga terdahulu iaitu sebanyak RM300.

Dengan pengurangan kadar bayaran untuk tempoh lima tahun, pasport untuk tempoh sah selama dua tahun telah dimansuhkan.

Sehubungan itu, hanya Pasport Malaysia Antarabangsa tempoh sahlaku lima (5) tahun sahaja yang akan dikeluarkan dengan kadar bayaran seperti lampiran yang disertakan dibawah... 


Harga baru ini akan berkuatkuasa mulai 15 Januari 2015.

Menurut notis yang sama, bayaran pasport untuk warga emas, kanak-kanak di bawah 12 tahun dan jemaah haji dikenakan bayaran sebanyak RM100 berbanding kadar asal iaitu sebanyak RM150.

Sementara itu, bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak dikenakan bayaran untuk perkhidmatan tersebut.

Apa lagi teman-teman? He he he... Yuk kita buat atau "renew" passport beramai-ramai? Jom jalan-jalan makan angin jom? 

*Ok, "got to go for now" ada MD Huddle pagi ni pukul 9.00 pagi... Daaaa... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928