Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Tips Masa Berblog???

$
0
0
Sumber dari Google
Bersempena dengan "1st Mini Cash Giveaway 2015: www.bubblynotes.com", Farah sempat membaca entri-entri penyertaan dari rakan-rakan blogger yang ada buat masa yang terkini pada waktu makan tengah hari tadi... Dan salah satu daripada entri tersebut ada meminta agar Farah kongsikan entri tentang tips masa berblog Farah... Hu hu hu... 

Aduhaiii alahaiii...Katanya beliau hairan bila mana Bubblynotes.Com sentiasa ada entri-entri terkini dan Farah ada masa untuk meninggalkan komen-komen di blog rakan-rakan blogger yang lain. Phewww... berpeluh nak jawab ni sebenarnya. ^_^ ngeee... Mesti senyum yang empunya soalan ni baca entri ni... Ekekekeke... 

Diakui, memegang status isteri, Mummy, pekerja bukan mudah untuk Farah betul-betul bahagikan masa yang khas untuk berblog. Tapi sebab memang dah minat kan? Apa pun boleh...Ha ha ha... Caranya, kalau boleh diikut, ikutlah, kalau rasa terbeban, jangan diikut... Hik hik hik... 

1. Berblog Di Waktu Pagi
Jika hari bekerja, seawal 4 pagi Farah dah bangun dah. Kadang-kadang tu, pukul 3.30 pagi. Ikut mata jugaklah. Kalau letih sangat memang pukul 4 pagi Farah bangun. Kalau rasa ok, tak berapa letih, pukul 3.30 pagi Farah dah terjaga. Selepas tu, bangun, salinkan lampin pakai buang Ash. Bancuh susu dia, bagi Ash menyusu. Dalam lebih kurang 4.30 pagi macam tu, Farah akan siap-siap mandi dan selepas itu siapkan apa-apa yang patut, kemudian duduk berblog seketika. Itu untuk entri pertama pagi ataupun entri kedua pada lebih kurang pukul 10 lebih ataupun 11 lebih. Masuk azan Subuh, solat, siap-siap ke pejabat...sampai ke pejabat dalam pukul 7.00 pagi. Duduk dalam kereta sementara naik ke pejabat dan sambung kemaskini blog... kemaskini blog bermaksud buat draf entri apa yang patut. 

2. "Blogwalking" Seketika Jika Ke Tandas (5-8 Minit)
Ho ho ho, tak semengah dan tak senonoh, sila jangan ikut...haipp tapi tak adalah masa urusan perniagaan dalam tandas tu Farah "blogwalking" yer... Farah "blogwalking" seketika sementara menunggu giliran masuk ke tandas ke, atau berdiri sekejap dalam tandas tu ke, semata-mata nak "blogwalking". Pakai tablet. Tak lebih dari 8 minit.

3. Berblog & "Blogwalking" Di Waktu Makan Tengah Hari
Inilah masanya Farah pulun "blogwalking" dan sambung draf entri kalau tak sempat buat di waktu pagi. Kebiasaannya Farah gunakan tablet ajer... "desktop" pejabat sangat jarang...  Bagi Farah, tiada keperluan setakat ini sebab tablet Farah sendiri ada papan kekunci yang memang Farah beli khas untuk tujuan berblog. Hu hu hu... Boleh rujuk di entri INI. Ikut angin jugaklah, kadang-kadang cuma bermain dengan skrin sesentuh sahaja menaip entri, kekadang menaip dengan menggunakan papan kekunci. Yang mana cepat dan yang mana bersesuaian. Tapi tak adalah Farah tak gunakan langsung "dekstop" pejabat...hu hu hu, ada waktu-waktu yang memerlukan Farah akan gunakan, itupun kalau betul-betul terluang masa. Kalau sibuk memang tak jenguk langsunglah Bubblynotes.Com. Hua hua hua... Apakan jenguk Bubblynotes.Com nak "blogwalking" pun takkan sempat. Makanya, alternatif lain, adalah qada'.

4. Berblog & "Blogwalking" Bila kerja Telah Betul-Betul Selesai
Kalau ada kelapangan dan waktu, 15 minit sebelum waktu balik Farah akan berblog ataupun "blogwalking" sebentar sekali lagi dengan menggunakan tablet juga. ^_^... Mana yang sempat dan mana yang terlintas ajerler... Hu hu hu... 

5. Draf Entri atau "Blogwalking" Sewaktu "Complete Standstill" Di Atas Jalan Raya
Tolong jangan ikut yang ini... hu hu hu, bahaya sebenarnya... tapi disebabkan tahap kebosanan yang melampau tahap "heavy metal", kadang-kadang terlepas juga draf sebarang seketul dua ketul entri. Dan kadang-kadang sempat jugak "blogwalking". Kalau "I is" bergayut di telefon bersama dot dot dot...ha ha ha...sengal...bergayut di telefon bersama Abah Ash ataupun BFF Farah... memang tak adalah semua kala aktiviti ini. 

6. Draf Entri atau "Blogwalking" Sewaktu Selepas Solat Maghrib atau Solat Isya'
"Either or" lah... ikut yang mana bersesuaian dengan situasi dan masa, tak boleh lama-lama sangat... sebab nak uruskan Ash pula. 

7. Draf Entri atau "Blogwalking" Bila Semua Orang Dalam Rumah Dah Tidur
Bha ha ha, orang tidur sedap-sedap, Farah berjaga jadi burung pungguk. Kalau hari cuti memang "extended hours" lah... dari pukul 12.00 pagi sampailah ke pukul 4 pagi. Masa nilah kemas rumah apa yang patut.Tapi kalau ada "benda lain", blog cuti ok? Ha ha ha... Sambil-sambil tu jaga anaklah, dia nak susu ke nak apa ke... 

Yang pastinya rumah tak macam kapal karam...Tak adalah sampai "lagha" benau...Masih terkawal lagi... Masak masih masak, kemas rumah masih kemas rumah... jaga Ash dan fokus pada Ash masih fokus, "outing" masih "outing", pergi "market" masih pergi... "life" masih ada giteww... cuma yang boleh Farah kongsikan... kena pandai curi masa...bukan curi-curi yer... hu hu hu... pandai-pandailah masing-masing nak atur masa masing-masing...Itu jer yang Farah boleh cakap... Harapnya membantu untuk menghilangkan kehairanan rakan-rakan blogger yang mungkin tertanya-tanya dengan entri penjelasan ini... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928