![]() |
Gambar diubahsuai dari Google |
Hari ini sudah ada yang mula bersekolah dan esok ada juga yang baru bermula bersekolah serta bekerja setelah bercuti panjang. Ibu bapa mungkin ramai yang mengambil cuti sempena musim menghantar anak masing-masing ke sekolah kan? "I is" tak terlibat lagi... hik hik hik... belum sampai masa, waktu dan ketika. Lebih kurang ada sehingga 2018 untuk itu. In Shaa Allah, mudah-mudahan... Amin...
Cikgu cikgi dah mula sibuklah esok yer. Bermulanya episod baru sesi persekolahan dan kembali mendidik anak bangsa, mencurahkan bakti serta melayan kerenah anak murid. Agak-agak ada yang menangis tak esok bila hari pertama persekolahan? Ekekeke... Masa kecik-kecik darjah 1 dan 2... Farah lettew yang menangis bila nak kena tinggal. Sudahnya... Nek Ma Ash tunggu sakan di tepi tingkap kelas selama seminggu. Agagagaga... Ash nanti-nanti macam tu jugak ke? Moga-moga bahagian yang itu tak ikut jejak Mummy lah ek? Tapi kalau terikut jugak? Redha jer lah... Nak cakap apa lagi? Dah Mummy dia macam tu...
Buat anak-anak (ahaksss terasa "kertu" pulak diri ini)... semoga dapat menimba ilmu dengan bersungguh-sungguh dan berjaya di dunia serta akhirat. In Shaa Allah... Amin... "Aunty" doakan yer...
Dan... jalan akan kembali "meriah" di waktu pagi bila sesi persekolahan telah bermula kembali... ^_*... Makanya bersiap sedialah kita-kita semua di atas ketidakjangkaan jalan sesak yang luar biasa. ^_*