Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

"Portable Air Cooler"

$
0
0
Sumber dari Google
Begitulah perancangannya... tiba-tiba terfikir semasa mengelatuk kesejukkan menggigil-gigil tubuh badan ni pada pukul 2.23 am tadi akibat kesejukkan yang datang dari penghawa dingin bilik kami. Walaupun suhu telah dinaikkan kepada 22 darjah celcius masih terasa kebekuannya di situ. Dah setahun sebulan dah menanggung... huwaaaa... demi Ash apa pun Mummy sanggup yer tak? Ha ha ha...

Ash mana boleh tak berpenghawa dingin... bukan saja-saja nak ajar dia tapi ya ampunnn... kalau tak pasang penghawa dingin... haaaa... memang resah gelisahlah dirinya itu. Kejap-kejap pusing badan ke kanan, kejap-kejap pusing badan ke kiri... Lepas tu kannn... Dia menangis dalam tidur... Bila buka penghawa dingin terus "sleep soundly"... Huhhh... Bila tak pasang penghawa dingin dia resah gelisah tidur, Mummy nak buat kerja pun terganggu dan dengan Mummy-Mummy sekali resah gelisah... sebab dia resah gelisah... 

Bukan tak cuba ajar tidur tanpa penghawa dingin dan cuba berkipas... kejap-kejap terjaga... tidur dia pun jadi tak lena... Oh anakku! Haaa macam tulah gayanya... Bil elektrik tu toksah cakaplah kan sebab penghawa dingin dok "running" jer bila Ash tidur. Seronok Tenaga Nasional Berhad ("TNB") terima bayaran dari Mummy dia... la la la la la... Bukan sekali, bukan 2 kali... tiap-tiap minggu kot dok cuba nak biasakan dia... Tapi memang dah tak serasi... nak kata macam mana lagi... Demi keselesaan anak kaedahnya... 

Yang mengelatuk kesejukkan? Mummyyyyy jugakkk.... Selimut kalau dah tebal nak tebal lagi kalau boleh... Tapi dianya relaks jer tidur... kadang-kadang kita selimutkan, dia boleh merengek dalam tidur suruh tarik selimut dia... Tak nak berselimut... takpun, nanti kejap-kejap kena betulkan selimut dia yang terselak... Boleh "maintain" jer dia tidur dengan nyaman dan tenang... Dush dush dush... Yang Mummy dah tak tahan sejuk... Nak buat kerja-kerja blog pun otak boleh jadi macam "blank" sekejap sebab sejuk sangattt... Muahahaha... "brain freeze"

Tu yang tiba-tiba terfikir nak kena masuk dalam senarai 2015... misi mencari "portable air cooler" untuk dia supaya kesejukkan itu taklah melampau-lampau sangat... Dan Mummy pun tak adalah nak menggigil tetiap malam kann? ^_*... Lagi satu manalah tau kot kot dapat menjimatkan sedikit bil elektrik... Hew hew hew... Hala jer "portable air cooler" tu pada dia dengan harapan dia fikir penghawa dingin telah dipasang. Errr... agak-agak bernas dan relevan tak cadangan yang difikir ni? 

Tu diaaa dah ada "things to do" dah 2015 ni... Hurmmm... sebab bukan nak beli sekarang... Tunggu tahun depan punya cerita... Kita hanya merancang Allah SWT yang akan izinkan atau tidak ianya terjadi betul tak? Ada rezeki adalah... tak ada mungkin ada rezeki lain... ^_*... Peringatan... ini bukan entri merungut yer? Ha ha ha ... saja mengomel...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928