![]() |
Sumber dari Google |
Bukanlah nak jadi wartawan hiburan sangat punnn... Cumanya entah kenapa entah, tiba-tiba fikiran menerawang pulak pada Julia Rais... Bha ha ha, jauh betul melayang fikiran ek? Sampai ke Julia Rais "uolss"... Errr ada ke sesiapa yang tak kenal dengan wanita di dalam gambar di atas yang bernama Julia Rais? Tak mustahil kot? Bila mana mungkin ada di antara generasi Y dan Z memang tak kenal langsung dengan Julia Rais.
Selepas berkahwin Julia Rais seakan-akan terus hilang dari dunia lakon layar. Yang tinggal hanya nama serta lakonan-lakonan beliau yang dulu-dulu. Haaaa... adik adik yang tak tau menau tu tentang Julia Rais... errr apasal tetiba terasa kekertuan di sini? Muahahaha... ok sambung balik... pada adik-adik yang tak tau menau langsung tentang Julia Rais, masa zaman-zaman akak ni ha membesar... Julia Rais ni memang bom kebabom dengan filem Mira Edora yang dibintangi beliau tau. Nak-nak lagi berwajah "pan-asian" kan? Diakui akak memang sukalah dik non tengok raut wajah beliau.
Malam ni pulak terfikir secara tiba-tiba... agak-agaknya macam mana wajah Julia Rais sekarang ... sebab dah lama hilang kan? Gigih main Google mencari... wakakaka... Akhirnya pencarian berhasil...
![]() |
Sumber dari SINI |
Tu dia wajah terkini... err gambar yang paling terkinilah kot... Dah itu ajer yang jumpa... Haruslah berbeza sedikit dari wajah dulu kan? Sebab faktor peningkatan usia... Kita-kita ni esok pun akan berbeza sedikit juga rupa... #ooopsss... Yang penting aura tu kena "maintain"... "vibe" mesti ada ok? #ehhh ... ha ha ha...
Makanya tak adalah kempunan nak nengok wajah terkini Julia Rais yer tak? Dapat jugak tengok... Muahahaha... Dan anak-anak Julia Rais pula adalah di gambar yang ditandakan...
![]() | |
|
Musykil gak ni sampai sekarang... Macam manalah pemikiran ni tiba-tiba ke Julia Rais pulak malam ni?