Allahu, isu dalaman negara buat penutup tahun 2014 ini... banjir besar di Pantai Timur. Memang jika diperhatikan banjir pada kali ini agak teruk dan air sememangnya cepat naik. Sedih dan mendoakan agar segalanya berakhir dengan cepat dan dipermudahkan oleh Allah SWT. Farah bukanlah tinggal di pantai timur tetapi dari rakan-rakan seperjuangan di Kelab Blogger Ben Ashaari yang tinggal, yang berasal serta mempunyai keluarga di sana Farah sentiasa dikemaskinikan dengan maklumat juga dari berita-berita semasa. Setiap tahun pasti berlaku banjir, dan bila berlaku banjir macam-macam yang terjadi.
Dari sumber di SINI...
Fenomena 'new moon' iaitu kedudukan bulan berhampiran dengan bumi yang menyebabkan air pasang, antara faktor yang mencetuskan banjir luar biasa di kawasan pantai timur pada tahun ini.
Pegawai Meteorologi Kanan, Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata keadaan banjir menjadi lebih teruk apabila ditambah dengan tiupan angin monsun timur laut secara konsisten merentasi Laut China Selatan ke negara ini. Iaitu bermula bulan November hingga Mac.
Katanya, meskipun hujan semakin reda dan tidak lagi lebat, namun air banjir dilihat sukar untuk surut disebabkan fenomena 'new moon',iaitu keadaan apabila bulan berada dekat dengan bumi yang menyebabkan air pasang lebih tinggi daripada biasa. Bercakap kepada Bernama, Dr Mohd Hisham berkata pihaknya menjangkakan hujan lebat akibat tiupan angin monsun timur laut di Kelantan, Terengganu dan Pahang sejak minggu lalu, akan berterusan sehingga awal Januari depan.
Begitulah ceritanya dan kisahnya. Sedikit informasi tambahan mengenai "new moon" dari SINI
"In astronomy, new moon is the first phase of the Moon, when it orbits closest to the Sun in the sky as seen from the Earth. More precisely, it is the instant when the Moon and the Sun have the same ecliptical longitude. [1] The Moon is not always visible at this time except when it is seen in silhouette during a solar eclipse or illuminated by earthshine. "
Boleh baca lebih lanjut berkenaan fasa-fasa bulan dari laman web-laman web yang berkaitan dengan astronomi mengenai fenomena "new moon" tetapi secara ringkas inilah penjelasannya. Yang lebih mudah difahami.
Teringat pada rakan-rakan di pantai timur. Rakan-rakan blogger pun ada yang berasal dari sana dan ada yang sememangnya tinggal di sana. Kerisauan ahli keluarga di sini bila terputus hubungan dengan keluarga di sana, kerugian yang bakal dialami, keselamatan. Macam-macam perkara lagi lah... "typeless"... Mari kita semua sama-sama berdoa buat mereka-mereka yang terlibat dan menghulurkan bantuan setakat mana yang termampu bagi kita.
Moga-moga banjir pada kali ini cepat berakhir, cepat surut dan semua mangsa banjir selamat serta dilindungi oleh Allah SWT. Tak dapat bayangkan anak-anak kecil, ibu-ibu mengandung dan warga emas. Lebih-lebih lagi bila bekalan elektrik terputus... :-(... Kawan-kawan alam maya di pantai timur yang terlibat dengan banjir sila jaga diri...