Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Ini "Remote"Ash Yang Punya...

$
0
0

Huwaaaa.... Dah tak boleh nak tonton "favourite show" Mummy dah... sebabbbbb adalah seorang kanak-kanak tu... dia dah gila kuasa dengan "remote". Orang lain tak boleh pegang dah "remote" tu. Hanya dia sahaja. Makanya, yang lain-lain telan air liur jer lah kempunan nak tengok rancangan TV kegemaran masing-masing yer? Muahaha... 

Contohnya macam 2 jam yang lepas... dia pandai-pandai tekan-tekan "remote" tu ikut suka hati dia, terkena pulak pada saluran Baby TV. Elok ajer duduk diam tak bergerak-gerak depan TV tu sambil mata memerhatikan apa yang disajikan oleh saluran Baby TV tu. Huh... ingatkan apa duduk diam... kot kot lah ada projek lain kan? Rupa-rupanya menonton TV... 

Selepas beberapa ketika... tiba-tiba dia bergerak ambil "pa pam" dia (maksudnya bantal busuk dia)... cari botol susu yang berisi air suam dia... (Ash memang suka minum air suam tu yang suara nyaring semacam tu... #ehhh, ha ha ha... dan kebelakangan ni semakin menjadi-jadi minum air suam... susu agak berkurangan sedikit dah...)... cari "port" baikkk punya... selesakan diri..."landing" dan asyik layan tayangan yang menarik hati dia tu... dan secara tiba-tiba... lebih kurang 10 minit selepas itu... lorrr... lelap rupanya dia... sampai macam tu sekali... macam dah besar sangat dah anak manja Mummy ni... memang manjaaa punnn... hew hew hew... 

Habislah habislah... kena siap sedia dengan kemungkinan yang "remote" berkemungkinan tinggi perlu diganti pada suatu masa nanti... ha ha ha ha...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928