![]() |
Source Extracted from Google |
Aktiviti kunjung mengunjung masih lagi diteruskan sempena Syawal ni... bak kata orang raya sebulan ye tak? On Saturday, saya kerja dari pukul 8.30 a.m. sehingga 12.30 p.m. (ada orang kisah? ahaksss....) dan selepas itu, terus shoot balik sebab ada jemputan open houses dan juga majlis aqiqah Naznin Raishah (nama goddaughter saya, cause I'm her godmum...giteww katanya...mana boleh tak pergi kan?)... dan selepas pada itu, sesi theraphy saya iaitu window shopping... Dalam2 window shopping tu sempat jugaklah membeli sedikit2 barangan junior a.k.a. newborn panggil abahnya... Beli barut baby, booties, mittens dan juga swaddling clothes dia... Rambang pulak mata tengok semua barang2 baby yang cute miut tu... Ha ha ha...
Dan semalam, iaitu Ahad, tak ke mana2 pun, sebabnya sibuk dok menyiapkan presentation untuk next paper betterhalf... Tak adalah rushing mana pun, just that nak touch up sikit2 jer... Alhamdulillah, siap juga akhirnya, hari ni akan di-print for final checking dan kemudian baru settle-kan binding for the copies... Dan semalam juga telah menerima panggilan dari tetamu yang inform nak datang beraya malam semalam... It's my uncle and my aunty... So, takkan setakat nak jamu kuih dengan air kosong jer ye tak? Tak sedaplah pulak bila tetamu dah telefon dan inform nak datang...
Dengan tak semena2 terus bergegas ke Econsave dan beli bahan2 nak masak for dinner... Sebab diaorang memang inform nak datang masa dinner, lebih kurang lepas Isya'.... Apa yang saya jamu untuk tetamu yang datang? Just a simple menu dan diharapkan mereka sukalah ye tak? (habis jer, kira occaylah tu... heeee... *_^)
Begitulah seadanya makanan yang saya masak untuk tetamu yang datang semalam... Alhamdulillah, habis... dan tak membazir... Seronok rasanya tengok bila masakan kita habis dimasak... tak giteww??? I believe everyone pun macam tu jugak, akan rasa seronok bila masakan yang dimasak habis... rasa tak sia2 dan tak penat berperang di dapur...wakakaka....
*If siapa2 nak datang rumah tu, tak kiralah raya ataupun tidak, sila inform dulu, bolehlah sediakan apa yang patut, if not, minta maaf la banyak2 kalau just makan biskut kering dan air bujang jer... except masa akak confinement sok sok lah... In Shaa Allah... tengah2 confinement mana nak masak banyak2 untuk tetamu ye tak? Tugas memasak sepenuhnya diserahkan kepada mama-lah sementara kesihatan mengizinkan sepenuhnya... tapi kalau terdaya dan rasa boleh apa salahnya kan? Maksudnya lepas sehari dua bersalinlah...takkan lah dah nak berperang kat dapur dan cergas seperti biasa...boleh tu boleh, akibat tanggung kemudian...wakakaka.... ai love my inner and outer body uols... penjagaan diri tu penting, katanya nak pakai lama... *_^