Ucapan tahniah untuk diri sendiri... bha ha ha... kerana telah berjaya memasang pagar keselamatan tangga ini dengan sendirinya tanpa bantuan dari sesiapa pun melainkan si mata boolat jejari comel. Kita sibuk pasang pagar ni, dia pun sibuk nak tolong sama dengan mulut bertih goreng dia tu, macam dah pandai dan kuat sangat... muahahaha...
Alo lo lo lo... Ash nak tolong Mummy yer? Rajinnya anak Mummy ni... Haaa, jangan kecik-kecik jer rajin yer besar nanti malas... Kalau malas Mummy bit dia... (cubit dia)... hik hik hik... Biasalah di usia sebegini memang sifat ingin tahu dan ingin bereksplorasi itu tinggi kan? Belajar mengenal benda di sekeliling kaedahnya. ^_^...
Selepas itu, bila dah siap dipasang... terkebil-kebil mata dia dan seakan-akan terpinga-pinga dia sebab... "ehh, Mummy pasang apa ni? Alaaa... tak boleh nak naik atash lagi..."... Hik hik hik... "Spiderman" dah tak boleh mendaki dah... kena cari kerjaya lain pulak... wakakaka... Errr... suka yer Mummy... Pesanan untuk diri sendiri jangan suka sangat... kanak-kanak di usia ini sangat panjang akalnya dan sangat kreatif adanya... Ada-ada saja akal mereka nanti untuk perkara-perkara baru... Lepas tu nanti pening dengan perkara baru tu pulak... shusshhh...
Sebenarnya hasrat hati nak pasang pagar keselamatan ni memang dah lama dah... tapinya tertangguh-tangguh sebab kekononnya tak sempat nak pergi belilah, dia tak pandai memanjat tangga lagilah... Sekali hamik... bila dah dapat akal, dah mula memanjat... cuak Mummy cuak... ha ha ha...
Antara entri-entri yang Farah pung pang pung pang pasal pagar keselamatan ni adalah...
Begitulah ceritanya yang tak berkesudahan tentang pagar keselamatan ni sepanjang tahun ini. Ha ha ha... Hampir setahun tu... Pusing balik, pusing balik cerita sama, pusing balik pusing balik cerita sama... Pheww, akhirnya hari ini penutup ceritanya tentang nak beli pagar keselamatan ni. Terima kasih pada Abah Ash yang telah bermurah hati untuk berbelanja pagar keselamatan untuk anaknya ini. Hik hik hik... Semoga terus dimurahkan rezeki oleh Allah SWT yer abang... ^_^... In Shaa Allah... Amin...
Untuk Ash pulak... ha ha ha, dah tak boleh nak naik tangga dah... Tak adalah Mummy nak pecut 100 meter lagi kejarkan awak di tangga yer? ^_*