Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Gegar Vaganza... Adakah Mereka Masih Berbisa???

$
0
0
Sumber dari Google
Farah layan-layan macam tu jerlah Gegar Vaganza ni. Tapi yang sungguh rajin melayan adalah Nek Ma Ash serta Atuk Ash. Bila mereka dah melayan, makanya Farah turut terjebak sama melayan... termasuklah Ash. Ha ha ha... reti ke Ash layan? Layan cara dialah... Lepas tu buat bising... Kan ke sekarang mulut dia sememangnya becok? Kalau menjerit desibel dia... umang aiii... bingit telinga...

Apakah kelainan Gegar Vaganza ni pada Farah? Hurmm... bahagian pembukaan yang Farah boleh katakan Farah sukalah jugak iaitu... apabila 2 orang pengacara rancangan ini iaitu Nabil dan Jihan menyanyi di acara pembukaan. Ok apa diaorang menyanyi? Heee... Kalau asah lagi bakat tu boleh cari makanlah dengan suara... "versatile" kaedahnya... melawak memang bidang mereka, mengacara, berlakon lepas tu tambah pulak dengan menyanyi... terbaik!!! ^_^ 

Apa itu Gegar Vaganza? Pasti ramai yang tau kan? Gegar Vaganza ni adalah di mana 12 orang artis terkenal tanah air kembali bertanding di pentas Gegar Vaganza untuk merebut wang tunai bernilai RM 100,000.00.

Setakat ini Farah paling suka persembahan darj Sharifah Zarina iaitu persembahan lagu kegemaran Farah... "Perhaps Perhaps Perhaps"...


Tak jumpa pulak di You Tube video yang dimaksudkan... Ha ha ha... Yang ni pun jadilah... hik hik hik... 

Ada yang menonton juga ke? Gegar Vaganza ditayangkan pada setiap hari Ahad jam 9 malam di Astro Ria, Prima dan Maya HD. Siapalah agak-agaknya bakal dapat RM 100,000.00 tu ek? Ihikss orang lain yang nak dapat durian runtuh, Farah pulak yang sibuk kan? Ala suka-suka jer dan tumpang gembira dengan rezeki orang lain... Mana tahu dengan izin Allah SWT rezeki kita pulak kan? Rezeki Allah nak bagi ni tak terjangka dan dalam pelbagai bentuk... ^_^... Tak macam ini macam tu... tak giteww??? 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928