Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Separuh Hari Siapkan MyKid Ash...

$
0
0

Phewww... hamik... ingatkan hari bekerja tak ramai orang, nak nak lagi bila selepas waktu makan tengah hari. Rupa-rupanya ramai sungguh pulak. Penuh sesak dengan orang. Ash dan Farah sampai di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara di Plaza Masalam Shah Alam lebih kurang dalam pukul 2.45 petang. Ambil nombor giliran dan tunggulah sehingga pukul 4.15 petang. Barulah tiba giliran kami. 

Nasib baiklah Ash tak meragam dan elok jer tingkah lakunya hari ini. Ho ho ho, kalau tidak memang masaklah Mummy nak kendalikan dia. Selepas itu, ingatkan siap "on the spot". Maksudnya boleh ambil di kaunter yang sama. Ha ha ha tinggi betul "expectation" Farah ek? Tidakkk... kena tunggu 1 jam baru boleh siap. Makanya, sementara menanti kesiapan itu, kami pun berjalan-jalanlah mencuci mata. 

Aikk??? Baru buat MyKid? Kenapa baru buat? Tak ada masalah apa-apa pun. Masa Ash lahir memang dalam seminggu macam tu Abah Ash dah buat Sijil Kelahiran dia, tapi pada waktu tu, pengeluaran MyKid telah dibekukan di atas sebab yang Farah pun tak berapa nak pasti kenapa sebab tak ambik "port"... Ha ha ha, boleh macam tu? Lepas tu, bila pengeluaran MyKid dah disambung semula, kedua-dua kami, salah seorang dari kami asyik tertangguh-tangguh dan asyik lupa ajer... Muahahaha... Makanya, memandangkan bercuti panjang selama 2 minggu ni, kita ambillah kesempatan untuk selesaikan semua urusan yang tertangguh. 

Disebabkan Farah ada banyak ruang yang terluang, makanya Farah lah yang "volunteer" pada Abah Ash untuk pergi buat. Alaaa... bukan susah pun... Pergi Jabatan Pendaftaran Negara, bawa Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan sendiri dan buatlah. Ekekeke... Ingatkan mula-mula nak Sijil Nikah sekali. Bawalah siap-siap... Rupanya tak... Cuma Sijil Kelahiran sahaja. Yelah secara logiknya, tak payahlah kan? Sebab masa daftar kelahiran dah sertakan Sijil Nikah. Alhamdulillah, lega rasa bila dah selesai urusan yang ni. Tak adalah nak "carry" salinan Sijil Kelahiran yang besar bagak tu ke sana ke mari lagi dah. Hik hik hik... Bawa MyKid ajer... "Compact" dan senang... ^_* .... 

*Siapa kata cuti panjang duduk saja? Banyak urusan ooo... Ambil kesempatan yang ada... nanti dah mula kerja mesti sibuk punya... Takut nanti tangguh-tangguh apa yang perlu diselesaikan jadi lupa pulak lama-lama... Hu hu hu....

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928