![]() |
Sumber dari Google |
Selebriti Hollywood Angelina Jolie memang tidak asing lagi dengan cerita anak angkat. Sebab tu Farah pinjam dari kak Google gambar beliau bersama pasangannya Brad Pitt dan juga anak-anak angkatnya. Heee... Dan bukannya Farah nak jadi Kak Nam punnn ber-gossip tentang selebriti. Tapi nak berkongsi sedikit informasi tentang de facto ataupun lebih dikenali ramai dengan sebutan anak angkat.
Sedikit perkongsian dari laman web Jabatan Pendaftaran Negara di SINI di bawah halaman soalan lazim mengenai anak angkat...
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Pengangkatan De Facto?
De Facto bermaksud seseorang kanak-kanak itu berada dalam jagaan, sedang dibesarkan, ditanggung dan dididik oleh mana-mana orang atau pasangan suami isteri bersama tidak kurang dari dua (2) tahun.
Bolehkah Kanak-Kanak Yang Tiada Sijil Kelahiran Dianakangkatkan?
Salah satu keperluan utama untuk Permohonan Pengangkatan ialah Sijil Kelahiran. Jika kanak-kanak lahir di negara ini tetapi tidak mempunyai Sijil Kelahiran, Permohonan Daftar Lewat Kelahiran hendaklah dibuat terlebih dahulu.
Berapakah Had Umur Kanak-Kanak Untuk Permohonan Pengangkatan De Facto?
Had umur kanak-kanak yang boleh dianakangkatkan adalah di bawah umur 18 tahun.
Berapakah Syarat Umur Ibu atau Bapa bagi Permohonan Pengangkatan De Facto?
Syarat umur ibu atau bapa angkat ialah 25 tahun ke atas dan jarak umur dengan anak angkat ialah 18 tahun. Bagi ibu atau bapa angkat yang mempunyai tali persaudaraan dengan ibubapa kandung kanak-kanak, syarat umur ibubapa angkat ialah 21 tahun.
Di manakah Permohonan Pengangkatan Boleh Dibuat?
Permohonan Pengangkatan boleh dibuat di mana-mana kaunter JPN berhampiran dengan kawasan kediaman ibu bapa angkat.
Itulah sebahagian daripada soalan-soalan lazim yang disenaraikan dan sebenarnya masih banyak lagi soalan-soalan yang telah disenaraikan mengenai anak angkat ini. Tentang perbezaan di antara Sijil Kelahiran dan Sijil Pengangkatan, tentang pemulangan kembali anak angkat kepada ibu bapa kandung atau kepada ibu bapa angkat yang lain, tentang prosiding pembicaraan, tentang bayaran pendaftaran dan juga sebagainya. Sekiranya, ada yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkara ini, bolehlah ke pautan yang Farah sertakan di atas. ^_^... Nak senaraikan semua soalan-soalan lazim, sememangnya akan jadi panjang berjela-jela dntri ni nanti... Hik hik hik...
Pada rakan-rakan yang sudah lama dan masih sedang berusaha untuk "TTC"... mungkin boleh fikir-fikirkan cadangan ataupun idea ini kalau dirasakan munasabah. Farah bukan nak mengiyakan ataupun apa, sebab semuanya rezeki dari Allah SWT... kawan-kawan Farah yang Farah saksikan sendiri di hadapan mata, ada 2-3 orang yang mengalami masalah di dalam mendapatkan zuriat sendiri. Kemudian mereka mengambil keputusan untuk memelihara anak angkat dan Alhamdulillah, berkat kesabaran, usaha... tak lama selepas mengambil anak angkat Allah SWT perturunkan rezeki anak dari zuriat sendiri buat mereka.
Tapi sebagai manusia biasa, cuma satu sahaja pesanan Farah... sungguhpun kita telah memelihara anak angkat dan selepas itu kita dikurniakan rezeki zuriat sendiri. Kalau boleh, seboleh-bolehnya janganlah kita beza-bezakan kasih sayang kepada kepada anak-anak kita. Ye tak? Jangan satu masa kita pernah mencurahkan kasih sayang kepada anak angkat dan kemudiannya kita dikurniakan zuriat kita sendiri, kita lupakan mereka. Sedihlah macam ni... dan kesian pada mereka... Wallahualam..