"Update" ringkas sebelum ke pejabat pagi ini. Iya... harus ke pejabat kerana nak selesaikan apa yang masih belum diselesaikan, takut-takut Isnin yang merupakan hari terakhir di situ tak berkesempatan. Meja kerja tu dah macam taufan dah. Bha ha ha. Semak pulak mata memandang.
Ok, berbalik kepada cerita ringkas itu... amacam? Ok tak gaya anak teruna Farah yang sibuk bagi "baby oil" petang semalam selepas mandi dan suruh sapukan di rambut dia... Mula-mula tu sisipkan rambut seperti biasa. Tapi... #ehhh bising pulak mulut dia... mula-mula Farah kurang kefahaman apa yang dia nak sebenarnya. Tapi selepas 2-3 kali cubaan sisipkan rambut dia seperti biasa... Bila tiba kepada gaya yang ini... Dia gelak, merangkak laju-laju ambik tablet yang sememangnya terletak di atas permaidani. Dan... suruh Farah "selfie" kan dia...
Dengan lampu ruang tamu yang masih tidak dibuka dan gelap... terpaksa layan juga kehendak dia. Errr... Ash suruh Mummy buat rambut macam tu semata-mata nak "selfie" ke? Denggg... boleh ke Mummy nak pengsan???
Habislah habislah, dah ada ciri-ciri kaki "selfie" ni... dah faham dah konsep "selfie" rupanya... "own facepalm"...