Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Hoyeahh??? Akhirnya Ash Berpindah...

$
0
0

Salam pagi Jumaat semua! Disebabkan Kepingin Buah Laici!!!, tengah malam-malam buta tadi... #ehh pagi... agagaga... dah termimpi pun makan buah laci... Huh, mendalam sungguh keinginan itu kan? Ok... cukup cerita tentang buah laici... Ni nak "bubbly bubbly" tentang si mata boolat ni ha... 

Hoyeahh??? Akhirnya satu malam telah dilalui dengan jayanya... Tepuk tangan ke atas diri sendiri di atas kejayaan kecil ini... Agagagaga... Itupun nak cerita kan kat Bubblynotes? Tak apalah... cerita santai-santai hari Jumaat. Tak nak baca pun tak apa, tak paksa... ekekekeke... 

Apa yanh berjaya berjaya ni? Apa pindah-pindah ni? La la la la... beginilah kisahnya... sejak melahirkan Ash, sejak berpantang dan sejak ada Ash, bilik Farah yang di atas memang langsung tidak bertunggu dan akan digunakan oleh Farah untuk mandi dan bersalin pakaian sahaja. Selebihnya, kami tidur di ruang tamu... Ngeeee.... Kenapa? Kaedahnya risau Ash jatuh katil. Ho ho ho logik dan masuk akal tak alasan? Selama lebih kurang setahunlah jugak setiap malam angkat tilam, toto ke ruang tamu berterusan setiap malam. Ekekekeke, gigih tak? 

Ash tidur memang lasak... berpusing 360 darjah... Ikut Mummy dia... #ooppss... ha ha ha.... makanya kurang keyakinan di situ... Tapi malam semalam adalah percubaan pertama mengalihkan tempat tidur dia ke bilik kami. Kesian anak manja Mummy asyik tidur di ruang tamu jer... Walaupun tidur beralaskan tilam di ruang tamu, tapj belum tidur atas katil lagi kecuali waktu mula-mula lahir semasa Farah dalam tempoh berpantang. Dah setahun dah umur, kita belajar tidur katil yer? 

Hamik ko... segala bagai toto dialas di bawah katil, segala jenis bantal dikepung di tepi-tepi katil, penuh katil dengan bantal... hik hik hik... punyalah fobia dan trauma membayangkan insiden-insiden yang pernah didengar dari kawan-kawan tentang anak jatuh dari katil. Punyalah risau sampai macam tu sekali  dan nak elakkan Ash yang melasak dari jatuh katil. Bukan apa katil kami memang tinggi. Hu hu hu. Beringat sebelum terkena. 

Untuk malam yang pertama, sukses! Dan yang lebih menghairankan (hairanlah sangattt kan?)... heee... Elok jer tidur atas katil tak melasak dan tak berpusing 360 darjah tidur. Statik jer... muahahaha... Ada tak ada pusing kiri pusing kanan sekejap2 jer... 

Nampaknya serasi ni... makanya kita teruskan ajer lah ek? ^_*

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles