Waktu kejadian? 8 - 9.30 malam sebelum dia tidur. Aktiviti? Rasa-rasa apa yer? Muahahaha... Huwaaaa.... Tengok pun dah tau kan? "Spiderman" di dalam misi menyelamat "uolss"... Bertabahlah wahai Mummy... anak lelaki sememangnya begini... betul tak? (ihikss... bertanya pada yang berpengalaman).
Tangga adalah satu objek di dalam rumah yang amat digemari oleh Ash buat waktu dan ketika ini. Golek sana, golek sini, pusing sana, pusing sini... sudahnya dia akan melakukan pusingan ke tangga juga. Tak ada tempat lain. Sebab tulah dia tak boleh ditinggalkan keseorangan walau seminit pun. Perlu ada yang memantau dan perlu ada yang menjaga. Kalau perlu ditinggalkan kena cepat-cepat datang balik pada dia. Terlalu "protective"? Terpulang pada tanggapan masing-masing. Masing-masing ada pandangan, masing-masing ada pendapat yang tersendiri. Sebelum terjadi apa-apa yang tak diingini haruslah beringat dulu sebelum terkena kan?
Haippp... Farah tak sibuk "capture" gambar aktiviti dia di tangga dan biarkan dia yer? Atuk Ash ada kat belakang tu jaga dia. Bukan "capture" gambar sebab nak dibahankan di Bubblynotes sangat pun sebenarnya. Tapi lebih kepada nak menghantar laporan dan kertas kerja cadangan kepada Abah Ash. Bha ha ha. Cadangan dah diutarakan, kita sokong dengan dokumen sokonganlah pulak bagi mengukuhkan cadangan. ^_*.
Memang dah lama dah merancang nak melaksanakan cadangan ni... hurmmm tapi tulah asyik tertangguh-tangguh jer. Sekali hamik ko! Dah pandai naik tangga sendiri dah. Pandai naik jer... tapi tak pandai turun... Ekekeke... Becok mulut meminta pertolongan nak turun... Nasib ada yang menjaga di belakang.
Apa dia cadangan tu? Tak lain tak bukan... kena pasang "baby safety gate". Gigih "browse" balik kajian masa lampau... ha ha ha... Nak tak nak, kena pasang jugak... Ini semua silap Mummy dialah ni...Asyik tak sempat jer... Kesian Nek Ma Ash... kena melayan kerenah dia yang sangat meng-idola-kan tangga seadaanya... Letih Nek Ma Ash melayan dia...
Banyak lagi pilihan dari laman web laman web lain sebenarnya... selain dari IKEA dan juga LAZADA... dan masa nilah baru terhegeh-hegeh Mummy dia nak buat perbandingan harga dan juga "features"... Ngeh ngeh ngeh... Dalam hati ni tak sabar nak beli dan pasang "baby safety gate" ni... sekurang-kurangnya tak adalah dia memanjat...mesti kecewa Ash kan sebab tak dapat naik tangga? Ha ha ha...padan muka... Boleh giteww??? Mummy pun dah jadi kebudak-budakkan dah... Siaplah dia, In Shaa Allah, minggu depan ke minggu lagi satu ke, jalanlah projek Mummy ni... ha ha ha... Lepas tu, nak tengok macam mana pulak akalnya... ekekekeke...
Ini bukan pertama kali Farah bercerita tentang "baby safety gate" ni...Dulu pun pernah bercerita di dalam entri...
Ini bukan pertama kali Farah bercerita tentang "baby safety gate" ni...Dulu pun pernah bercerita di dalam entri...
Pung pang pung pang cerita, cakap gigih lah apa lah...muahahaha...sampai ke sudah ni ha, baru terhegeh-hegeh nak mencari.... Aduyaiii... Kekononnya masa membatasi segalanya...padahal masa tu ada jer kalau cari... Tak apalah, kali ni betul-betul gigih...Muahahaha... In Shaa Allah, minggu depan...