Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Inilah Seni Pororo Ash...

$
0
0
Kalau diberi peluang untuk bermain dengan tablet selama 10 minit di waktu malam pada pukul 8.40 malam sehingga 8.50 malam... Selain dari aplikasi kad imbas, dia akan minta Farah bukakan video Pororo The Little Penguin, si penguin yang berasal dari Korea Selatan ni... Sekarang ni dah demam Pororo pulak dah... Mata Farah ni dah nampak Pororo sana sini dah, dalam kepala ni asyik teringat-ingat Pororo, telinga terngiang-ngiang lagu Pororo... mulut kumat kamit nyanyi lagu Pororo... Ha ha ha... Dah naik hafal dah apa saja yang berkaitan dengan Pororo... 

Orang lain sibuk dengan Princess Elsa dan Frozen, dia tengok jugaklah... tapi keutamaan dia buat waktu dan ketika ini, tetap Pororo. Entah apa yang dia minat sangat dengan penguin katik ni tak taulah. Ha ha ha. Katik-katik pun... oklah comel Pororo ni... Bila video tengah dimainkan, sibuk cium Pororo tu... Jangan suruh Mummy lukis Pororo Ash... Mummy tak berseni sangat... Habis-habis tinggi Mummy tekap... aci tak??? Muahahaha... 

Dan sememangnya tablet ni penuh dengan Pororo segala... Aplikasi berkaitan Pororo... Sajalah malam semalam muat turun aplikasi Painting App - Pororo Loves dari Google Playstore... buka aplikasi tersebut dan biarkan dia buat apa yang dia nak buat... Apa jadi? Ha ha ha... 


Inilah yang jadi, hasil kekonon aktiviti mewarna dia... Kesian Pororo yang comel-comel macam gambar di bawah ni, jadi comot bomot macam gambar di atas... 

Sumber dari Google
Suka hatilah Ash nak buat apa pun, asalkan jangan baling tablet tu sudah... Payah ooo nak ngorat nak dapat tablet tu tau Ash... Ha ha ha... Bukan senang nak ngorat... 

Jangan sikit hari nanti bila dah nak ke "playschool" atau tadika... Mummy nak botol air Pororo, Mummy nak beg sekolah Pororo, kotak pensel Pororo, warna Pororo, jam Pororo...semua Pororo... pengsannn... mana nak cari semua tu... Ha ha ha... Setakat ni Mummy tak nampak lagi jenama Pororo di mana-mana "shopping complex" semua benda tu... Muahahaha... tapi kalau yer macam tu sikapnya... memang sejarah berulanglah... Mummy dia apa kurangnya... semua nak Garfield masa sekolah dulu... Hew hew hew... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928