Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

"Homemade Bath Paint For Toddlers"

$
0
0
Sumber dari Google
Ash memang dah mula bermain dengan warna air dah... Cerita tentang Ash bermain dengan warna air Farah kongsikan di entri Ash Telah Dikerjakan Mummy!!!... Tapi, haruslah diberi warna air "non-toxic" kan? Alasan? Sebab? Untuk "safety purposes". 

Dan baru-baru ini Farah dah jumpa satu lagi aktiviti yang melibatkan warna yang boleh dilakukan bersama Ash di dalam bilik air. ^_^... Apakah ia? Seperti yang boleh dilihat pada tajuk entri dan juga gambar "homemade bath paint for toddlers"... Yang semestinya selamat dan seronok dilakukan bersama-sama... 

Sumber dari Google
Ha nampak tak? Menarik tak? Ngeh ngeh ngeh... Mesti ada mak-mak yang kata, jenuhlah nak bersihkan dinding bilik air kalau macam ni...Alaaa... janganlah malas... hik hik hik... sekejap jer ni dan bukan susah nak bersihkan ni...mudah jer... 

Sumber dari Google
Ha nampak tak? Nampak tak kegembiraan anak tu bermain dengan warna di dalam bilik air... Selamat pun selamat sebab buat sendiri, baju pun tak kotor sebab dalam bilik air haruslah tidak berpakaian kan? Cumanya ibu atau bapa kena perhatikanlah anak-anak sebab bermain dalam bilik air kan dan juga kenalah rajin sikit bekerja untuk membersihkan setelah mereka puas bermain. 

Macam Farah sebutkan tadi di dalam ayat entri ni di atas, bukan susah pun nak bersihkan, mudah jer...sebab bahan-bahan nak buat "homemade bath paint" ni, adalah bahan-bahan yang mudah dibasuh serta dibersihkan. Serius. Nak tahu apa bahan-bahannya? Meh meh meh...Farah kongsikan ... Kita kongsikan infografik yer... Jadi senang...mesej disampaikan dalam bentuk gambar dan ringkas... 

Sumber dari Google
Dan kalau di dalam versi YouTube pula... 


Ibu-ibu bapa-bapa boleh jer cari di YouTube lagi...banyak video-video yang telah dimuatnaik berkenaan dengan "homemade bath paint for toddlers" ni... Oklah tu kan? Anak-anak bermain dengan warna menconteng dinding bilik air...Dari conteng dinding rumah? Errr... (banyak pulak cerita ek? ha ha ha...esok-esok kalau Ash conteng dinding rumah baru rasakan...In Shaa Allah takk...tengah melatihlah ni, nak menconteng sila conteng di sumber yang betul...Cara Mengelak Anak-Anak Dari Conteng Dinding boleh baca yer kalau ada masa...hik hik hik)... Tapi inipun salah satu cara juga untuk alihkan perhatian anak-anak dari menconteng dinding jugak ni... Di samping mengeratkan lagi hubungan anak dan ibu bapa... "bonding time"... Farah secara "personally" memang suka melayan Ash melakukan segala macam jenis aktiviti di waktu-waktu terluang kami kalau kami tak "outing"... Masa-masa begini pun sangat berharga untuk dibawa sehingga waktu kemudian nanti kan?

Selain dari "homemade bath paint"...Farah juga pernah berkongsi tentang "The Arts Of Children Clay" yang mana Farah sediakan juga pautan entri oleh Mama Liza tentang "Homemade Playdoughh". Cumanya, blog Mama Liza tu dah "open to invited readers only" dah sekarang... In Shaa Allah, tak apa ada masa nanti Farah kongsikan juga tentang "homemade playdough" dengan semua sebab memang nak buat juga untuk Ash ni nanti...he he he... Tapi buat masa sekarang tengah semangat ni semangat nak main conteng-conteng bilik air dengan Ash dengan "homemade bath paint" ni...hik hik hik... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928