Normallah tu kan? Bila anak dah semakin meningkat usia, semakin membesar, semakin berakal dan semakin berkembang... akan ada perkara-perkara baru yang mewarnai kehidupan kita sebagai ibu mahupun bapa. Ada sahaja telatah mereka, ada sahaja kerenah mereka dalam pelbagai corak dan warna. Sama juga halnya seperti Ash. Setiap hari, setiap minggu pasti ada perkara baru...
Hari Sabtu pergi 7 E, dia tunjuk air susu strawberry Dutch Lady Kids RM 1.70, semalam Farah bawa dia ke Shell sebab nak isi petrol untuk kerja minggu ni... dia tunjuk air susu coklat Dutch Lady Kids RM 1.70... Ada lagi, Sabtu pergi ke TESCO beli baby oil Johnson dan Gripe Water dia, dia tunjuk "colourful windmill" yang dia dah memang idam-idamkan lama dah... RM 6.40...
Hu hu hu... bila kira-kira balik, Ash dah belanja RM 9.80 "uolss" minggu ni... Ya Allah, kalau tengok reaksi dia bila dapat barang yang diminta, sangattt lahhh gembira adanya dia. Dan walaupun masih tak fasih bertutur dan dalam proses belajar bertutur... kedengaran juga sebutan hujung-hujung... "yuu mie..."... bukan sekali secara kebetulan... tapi setiap kali dapat barang yang dia tunjuk... masa nak menunjuk barang tu... "mieee..."... macam bunyi kucing manja giteww... Ahakss...
Adehhh... dah pandai belanja dan dah pandai "tag" Mummy pulak bila dah setahun ni... Ha ha ha... makanya, Mummy kena siap sedia duit lebih sikit jer lah untuk Ash ni... Tapi ini bukanlah bermakna Farah akan manjakan dan turutkan ajer setiap permintaan Ash... Bak kata Nek Ma Ash... Jangan ajar anak dengan cara turutkan sahaja semua permintaan mereka, takut-takut esok-esok diri sendiri yang teruk bila tak dapat nak beri. Memang betul pun... Walaupun Farah nak barang-barang Ash semua lengkap dan tak nak Ash rasa kekurangan, tapi itu bukanlah tiket untuk Ash belajar membazir... "no no no no no"... Ada masanya Ash akan dapat dan ada masanya... Ya ampunn nakkk... Mummy takkan "follow" semua "request" Ash... Yang relevan In Shaa Allah...
Boleh tak agak-agak buat macam ni? Kalau nak sesuatu tu sila hantar "proposal" pada Mummy... Ahaksss... Apa yang diminta? Sebab apa? Untuk apa? ...Lepas tu Mummy timbang tara... Ha ha ha... Aci tak? Tapi bukanlah sekarang suruh hantar "proposal" tu... bila dah faham dan fasih bercakap sok-sok In Shaa Allah... Ni zaman-zaman bayi dan "toddler" ni adalah kelonggaran sedikit... Tapi memang taklah kan nak bagi semua yang dia tunjuk... ekekekeke... Nak latih kenalah dari sekarang kan? Tak naklah kalau boleh, esok-esok dah berkembang sedikit dari sekarang... bila tak dapat barang yang dikehendaki baring atas simen hentak-hentak kaki menangis... Adehhh... pengsannn kalau macam tu... Ada yang kena cubit dengan Mummy karang... #oopsss... he he he...
*Bila dapat "colourful windmill" tu memang dia main sungguh dan sampai cium-cium benda tu... Hu hu hu...