Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Ibu Bapa Buatkan Kerja Sekolah Anak???

$
0
0
Sumber dari Google
Zaman kanak-kanak kalau diingat-ingatkan memang indah belaka. Lepas tu rindu, lepas tu terkenang-kenang. Tapi tulah masa tu tak boleh nak diputarkan balik kan? Jadikanlah kenangan sebagai pendorong di masa kini serta hadapan, jadikanlah kenangan itu sepanjang hayat untuk diingati... Begitulah seadanya... Hew hew hew... Dan mengikut pada tajuk entri ni... Teringat pulak kepada zaman-zaman tadika dulu... 

Tipulah kalau Farah katakan yang Nek Ma Ash dan Atuk Ash tak pernah buatkan kerja sekolah Farah masa kecik-kecik dulu... #ooopss...Yer...memang mereka tolong buatkan kerja sekolah masa Farah tadika dan ada masa-masanya di sekolah rendah dan sekolah menengah...Ngeh ngeh ngeh...Tapi tidaklah semua subjek ok? Tolong pun sebab "tantrum uolss"... Giteww... Anak manja? #ehhh...Ha ha ha... Habis bocor rahsia...Manja-manja pun batang penyangkut baju pernah hinggap kat badan ni tau...Siapa kata anak tunggal tak kena marah? La la la la... 

Apa yang mereka tolong? Nek Ma Ash tolong warnakan gambar masa di tadika dan darjah 1...Atuk Ash? Ha ha ha, sepanjang ada kelas pendidikan seni, sepanjang tulah dia tolong lukiskan, warnakan lukisan... Ha nampak tak? Nampak tak permainannya di situ? Tu sebab lukisan Farah kalah budak tadika seperti yang "uolss" lihat di dalam entri Bermula Aktiviti Estetika & Kreativiti Ash... ...sebabnya kalau perkara-perkara yang berkaitan seni ni, semua bertolong-tolongan "uolss"... "Moral of the story"... kalau boleh jangan buatkan kerja sekolah anak... Ha ha ha...belajar dari pengalaman...Bab seni dan lukisan jer punnn...Subjek lain semua buat sendiri tau tak? Tak percaya? Tak percaya tak apa...Allah SWT ada untuk percaya...#ehhh... 

Santai jer kan nak sampaikan mesej sebenarnya... ibu bapa jangan buatkan kerja sekolah anak! biar anak belajar buat kerja sekolah mereka sendiri... sebab kesannya merugikan diri anak-anak tu sendiri... contoh dah boleh baca dah kat sini...ha ha ha... Farah jadinya tak berseni sangat untuk menyenikan diri disebabkan kerja-kerja pendidikan seni bertolong... dan bukan Farah yang buat... Kalau yang lain tak apa... Suruh jer buat...In Shaa Allah boleh... Ha ha ha... 
Peranan kita sebagai ibu bapa bantu beri tunjuk ajar...bukan bantu buatkan semuanya... errrr...tak salahkan Nek Ma dan Atuk Ash pun...sebab memang "tantrum" dan mengada Farah masa kecik-kecik dulu... Tak sanggup agaknya melayan kerenah...maka jadinya mereka buatkanlah jugak...Ha ha ha...Manja tak? Manja tak? La la la la... "I never blame my parent's for it, and I do believe they have their own reasons for doing that...hik hik hik..."...Cumanya untuk Ash... nan hado Mummy nak buatkan kerja sekolah... Ha ha ha...Tak adil kan? Mummy dia, Nek Ma dan Atuk Ash boleh jer buatkan tapi Ash tak boleh Mummy buatkan... Belajar dari kesilapan diri sendiri giteww "uolss"... 

Biar Ash akan datang..In Shaa Allah buat kerja sekolah sendiri sambil Mummy beri tunjuk ajar dan pantau... Tak ada makna Mummy nak lukiskan atau warnakan (dengan harapan dapat menguatkan serta mencekalkan diri serta hati supaya tak tertewas dengan gaya manja dan menggoda Ash nanti...ha ha ha....)... Kalau tak buat sendiri, sampai bila nak pandaikan? Biarpun kejam bunyinya...tapi itulah realiti kalau nak anak menguasai sesuatu itu... Iya atau tidak?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles