![]() |
Source Extracted from Google |
Jarang2 Cik Puan Bubbly nak bercerita tentang gossip dunia hiburan di Bubblynotes, dan boleh dikira dengan jari kot berapa entry yang berkaitan retis2 ni... *_^... Tentang minat kepada sesuatu artis dan lagu tu mungkinlah agak banyak juga, tapi gossip??? Ha ha ha...Cik Puan Bubbly hanya Gossip Girls tentang cerita2 lain sahaja dan retis bukanlah highlight topic Cik Puan Bubbly dalam bergossip bersama teman2 rapat...
Pagi ni, bangun2 tidur... capai Ms. Apple dulu, lepas tu konon2 nak layan mata supaya segar dan fresh dari kemamaian, Cik Puan Bubbly pun browse lah FB sekejap... Tiba2 mata tertancap pada satu berita tentang Stacy Peluk Islam Tukar Nama Nur Aisyah Rabiah. Dah baca title cenggitu kannn? Of course ler teruja nak tau kan? (#kepoh jugak akak ni...wakakakaka)... Tapi sebenarnya just nak tengok sama ada betul atau tidak jer... Dan perasaan pada ketika itu antara percaya dengan tidak... Biasalah, kadang2 tajuk jer gempar kan? Tapi sebenarnya orang lain yang dimaksudkan... (inilah antara teknik2 mencari atau menarik pembaca kekdahnya...)... Mostly my instinct berkata begitulah... Dan akhirnya...setelah browser dibuka... Jeng jeng jeng...
![]() |
Source Extracted from HERE |
Sepeti yang kujangka, bukanlah Stacy retis yang dimaksudkan... Sedikit petikan dari berita tersebut...
"Stacy kini SAH memeluk agama islam | Mengejutkan juga apabila terbaca berita Stacy memeluk Islam. Setelah disiasat, akhirnya admin menjumpai artikel asal yang telah memuatnaik berita Stacy kini beragama Islam. Alhamdulillah dan tahniah diucapkan, semoga Stacy terus belajar dan tetap iman dalam menjadi dan menjalani kehidupan sebagai seorang muslimah. Berikut adalah petikan dari artikel tersebut:
Allahuakbar, sudah Islam Stacy (Stelly), kini namanya Nur Aisyah Rabiah, sebagai insan ke 216 memeluk Islam sepanjang misi dakwah ini. Beliau dipimpin syahadah oleh Nur FarHana Ambiang sebentar tadi di Keningau. Nur Aisyah tertarik memeluk Islam apabila sering melihat abangnya, Muhammad Amin (Andrea) solat. Muhammad Amin memeluk Islam Januari lalu. Alhamdulillah."
Hurmmm... siapalah yang buat tajuk berita gempak dan kebaboom macam ni kan? Masyarakat rata2 mungkin terus capture dalam pemikiran Stacy retis yang dimaksudkan... Dibuatnya jenis yang memang baca tajuk dan tak baca inti sesuatu berita tu... Naya jer percaya Stacy AF yang masuk Islam... Ermm..dalam hal macam ni, kalau x beri effect yang buruk kepada retis atau individu tu sendiri tak pe, tapi kalau yang memudaratkan reputasi seseorang individu tu naya je, sian retis or individu tu jadi mangsa keadaan macam kes Rody Kristal baru baru ni...
*Apa2 pun syukur Alhamdulillah kepada Stacy a.k.a. Stelly (nama Islamnya Nur Aisyah) telah pun selamat memeluk agama Islam dan bertambah lagi umat Islam di muka bumi Allah ini... Tahniah diucapkan kepada beliau...Semoga terus diberikan hidayah dan petunjuk dari Allah SWT... ^_^... Tumpang happy juga dengan berita sebegini...