![]() |
Sumber dari Google |
Gitewww... Sebenarnya ingatkan nak gunakan gambar sendiri, tapi semalam tak sempat pula Farah nak "capture" gambar "uolss"... Semuanya semata-mata kerana nak cepat mengejarkan anak di rumah. Heeee... mak-mak biasalah kan? Perkara pertama yang nak dikejar selepas habis waktu pejabat adalah anak... Elehh, macamlah anak tu duduk nurseri bagai kan? Nak kejar-kejar sangat... Itu mungkin pandang pendapat sesetengah orang... tapi "like hello"... Duduk dengan nenek sendiri pun nak kena kejar jugak...kena ingat...ibu kita bukan untuk jaga anak kita dan kita ambil kesempatan...Betul tak? Kalau dah betul-betul tak boleh tu, maksudnya terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas ke apa tu, yang tu yer lah... Boleh ya ampunn lagi... Nurseri pun caj pakai jam oiii kalau lewat ambik anak...Betul kan? Betul kan? Bertimbang rasalah kepada ibu kita yang telah bersusah payah sudi untuk menjaga anak kita...
Ha ha ha, macam biasa ke laut ke darat, bercampur dengan macam-macam cerita. Nak dijadikan cerita... ingatkan tak jumpa situasi macam gambar yang dipinjam dari Cik Google di atas, tetapi rupa-rupanya terjumpa jugak semalam masa nak isi minyak. Fuhhh... habis stok minyak RON97? Memang tengah "hot" dan "IN" dah RON97 ni di pasaran ni...
Yelah, semenjak dua menjak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan yang mulai 1 Disember 2014 penetapan harga runcit RON95 dan Diesel akan mengikut kaedah pengapungan terkawal ni. Oh ya, sebelum tu semua dah tau kan? Harga runcit petrol RON95 kini adalah RM2.30 seliter dan Diesel RM2.20 seliter. Agaknya memang ramai dah guna RON97 kan? Permintaan tinggi katanya...itulah punca RON97 kehabisan stok... Permintaan tinggi ni adalah dari artikel berita di SINI. Beza RON95 dengan RON97 tak jauh dah sekarang...Tu sebabnya alang-alang pakai jer RON97 kot?
Apa-apa pun, kita sebagai pengguna ni ikut jerlah rentak ekonomi walaupun agak perit di kerongkong ataupun tekak demi kelangsungan hidup ye tak? Nak tak nak, merungut tak merungut, suka tak suka... kena hadap dan kena lalu jugak... "Do we have other choices?"... Tapi kann...pengalaman memandu kereta di negara jiran kita Thailand..bagi Farah lah..orang lain Farah tak pasti... Minyak mahal oooo.... Pada waktu dan ketika itu...Pada waktu dan ketika ini tak tau...sebab dah lama tak menjejakkan kaki ke sana...hew hew hew... Nak kena jejak jugak ni... In Shaa Allah, "one fine day"...bawak Ash jalan-jalan... *_^