Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Melatih Semula Waktu Tidur Ash...

$
0
0

Asyik gambar yang "sweet sweet" ajer... Sekali sekala kita "up" pula gambar yang "outrages" sikit... Muahahaha... "outrages" ke? Ash ni tidur macam-macam gaya... tidur pulak berpusing 360 darjah. Sampai "border line" Mummy dia pun dia kasi langgar. Tak boleh nak cakap apa dah. Redha jer lah. 

Kalau semasa usia Ash 0 ke 4 bulan, waktu tidur dia adalah waktu tidur antarabangsa... Farah pernah kongsikan di dalam entri Jadi Burung Hantu!!! ^_^  dan entri Cerita Tentang Tidur Lena Bayi... . Adatlah tu kan bila beranak kecik berjaga malam-malam sebab waktu antarabangsa tu. Kawan sekerja Farah, 5 bulan pertama memang tak cukup tidur ooo... Sebab malam-malam anak berjaga tak mau tidur ajak bergurau senda. Farah pulak, 4 bulan yang pertama macam tu ler... tak pernahlah cukup tidur sangat... nasib dah pektis latih dan dah biasa berjaga malam berblog...Jadi walau terasa tak terasa sangatlah... Ha ha ha, faham tak apa yang Farah maksudkan? Warghh kah kah kah... maksudnya terasa jugaklah tak cukup tidur tu. Selepas usia Ash 5 bulan macam tu pola tidur tu dah mula kembali normal. Hik hik hik. Sekali sekala jer jadi waktu antarabangsa... Ikut "mood" dialah... Tapi waktu tidur malam dia antara 11.00 malam hingga 12.00 tengah malam. Tapi jadi ibu-ibu ni mana tidur mati satu malam...Ha ha ha...Sebabnya kena bangun menyusukan ataupun bancuh susu jugak kan? Tak giteww? Tiada istilah tidur mati atau tidur selena-lenanya bila bergelar seorang ibu ni... ^_^...Jadi bakal-bakal ibu bersedialah tentang perkara ini...

Boleh dikatakan agak lewat jugaklah waktu tidur Ash... diantara 11.00 malam hingga 12.00 tengah malam tu untuk kanak-kanak seusia dia. Hew hew hew. Malam-malam pun main lagi, ajak bergurau... Walaupun kadang-kadang tu Mummy dia memang dah tak dayo lagi dah... Ha ha ha...Layankan ajerlah...Tak daya pun tapi seronok bila dapat luangkan dan habiskan masa bersama anak ni kan? Makanya tiada istilah merungut atau mengomel di sini...Ha ha ha... Cuma kita nak latihlah supaya anak tu tidur dengan lebih berkualiti, mendapat rehat yang secukupnya, berdisiplin dan segala bagai untuk kesenangan mereka di masa akan datang jugak dan juga untuk kesihatan mereka. Bila anak-anak tak cukup tidur ni faham-faham sendiri ajerlah "tantrum" mereka itu kan? Ha ha ha... Bila berlaku, bersabarlah seadanya dan bawak-bawaklah anak tu tidur...

Tentang latihan tidur ni pula, Farah pernah juga kongsikan di dalam entri Sleep Training Untuk Ash... | Apa Itu Sleep Training???. Hasil dari latihan tidur tu, Ash setiap malam tepat pukul 10.00 malam akan tidur. Cumanya Farah nak awalkan sikit lagi waktu tidur Ash. Nak ubah pada pukul 9.00 malam kalau boleh, kalau tak boleh pada pukul 9.30 malam. Apa yang Farah lakukan dalam usaha nak merealisasikan sasaran terbaru sebagai Mummy ni? Ahakss...

Jangan Bagi Tidur Waktu Petang
Kalau sebelum ni, Ash akan tidur petang. Sekarang ni Farah pesan pada Nek Ma Ash untuk mula jangan bagi dia tidur petang. Kalau Farah ada di rumah, Farah lah yang akan pantau. Macam mana nak alihkan fokus Ash dengan kebiasaan tidur di waktu petang? Lekakan dia dengan melayan dia bermain dan aktiviti-aktiviti lain yang relevan. He he he...Memang ler bunyinya agak kejam kan? Tak bagi anak tidur petang walhal itu memang rutin dia. Tapi, sebab ada misi dan nak jayakan misi untuk kebaikan dia jugak, jadi hati kena kental. Errr...kalau Nek Ma dia tidurkan jugak tak taulah...Tapi bermula semalam, memang Nek Ma dia tak tidurkan.

Tutup Lampu Seawal 9.00 Malam
La la la... Siapa-siapa dalam rumah kalau nak menulis ke membaca ke atau apa-apa aktiviti yang memerlukan cahaya, sila lakukan di tingkat atas ataupun di bilik atau kawasan lain dalam rumah. Ruang tamu memang akan jadi gelap gelita. Oh ya, Ash dan Mummy memang tidur di ruang tamu selalunya. Jarang-jarang tidur di bilik. Bentang tilam, bentang toto... bergelimpanganlah kami 2 beranak di ruang tamu. Muahahahaha... Boleh gitew? Tunggu Ash dah masuk 2 tahun kot baru naik tidur di bilik di tingkat atas. *_^... Bila tutup lampu awal ni adalah "hint" kepada Ash, "it's time to sleep". Hari dah malam, dah gelap, jom kita tidur! Dia faham bila lampu dan tutup tu dan lampu tidur dipasang, itu adalah masa untuk tidur.

Tutup TV
Dah tutup lampu dan tutup TV... baru suasana tu aman damai kan? Dan tak ada gangguan fokus atau perhatian Ash. Kalau selagi TV dibuka, selagi tulah dia akan tengok TV. Ini adalah "common sense". Bila TV dah tutup baru senang nak tidurkan dia. Ha ha ha, kalau tak sibuk jugak dia nak tengok TV. Phewww....

Setakat percubaan pertama semalam...Alhamdulillah berjaya... Bukan apa, persediaan awal juga ni... In Shaa Allah, tahun depan kan dah nak mula kerja baru. Walaupun "flexible hours" tetapi Farah merancang untuk masuk awal dan boleh balik awal! Ha ha ha... Lepas tu untuk "long term" jugak ni... Bila-bila Ash dah besar sok-sok, senang nak latih dia tidur awal dan bangun awal untuk pergi "school"... Ha ha ha, jauh benar pemikiran dan imaginasi yer tak?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles