Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Rahsia Bulu Mata Che Ta? Taklah Rahsia Bulu Mata Kim Kardashian...

$
0
0
Sumber dari Google
Malam-malam macam ni orang lain sibuk melayan mata tapi Farah sibuk nak bercerita pasal bulu mata yer tak? Kisah bulu mata Che Ta ramai yang dah bercerita... Tapi kisah bulu mata Kim Kardashian? Hew hew hew... Di Malaysia ni, tak berapa nak pastilah Farah seberapa ramai yang kisah sangat dengan bulu mata Kim Kardashian... hik hik hik... Kalau orang lelaki ni mesti kata, alaaa bulu mata jer pun itu pun nak disibukkan... elehh, tapi tu jugaklah yang ditengok kan? Bulu mata penyeri wajah... dan jangan main-main ooo dengan kuasa yang ada pada bulu mata. Bulu mata mampu mengubah bagaimana seseorang itu kelihatan. 

Kalau tidak... takkanlah sibuk orang-orang perempuan pakai bulu mata pelesu  palsu sana sini kan? Dulu-dulu rajin jugak Farah melayan buang masa berlama-lama depan cermin pakai bulu mata palsu ni masa sebelum berkahwin... Ahaksss... tapi tak lamalah, dalam setahun macam tu jer... Lepas tu tiba-tiba rasa palsu sangattt... ha ha ha... ditambah dengan malas. Makanya, berhentilah memakai bulu mata palsu tu dan kita kembali kepada alami. Tak kurang juga sibuklah bermacam jenis maskara Farah buat koleksi. Tata rias mata itu memainkan peranan yang besar di dalam solekan. Giteww... 

Nak bulu mata cantik macam Kim Kardashian? Farah dah jumpa tips yang sesuai dan memang tip top...sebab diri ini sendiri dah buat. Gunakan apa? Mudah jer... Yang menarik tak ada palsu-palsu ni lagi ok? GUNAKAN BEDAK TALKUM ASH!!! Ha ha ha... habislah bedak talkum Ash... Jadi mangsa kerakusan Mummy dia... Lorrr tak percaya ke? Terfikir-fikir macam mana? Meh meh meh... Farah tunjukkan cara-caranya langkah demi langkah... 


Err no 6 dulu baru 4 dan 5... ha ha ha... dah malam ni mamun jap... Mudahkan? Mudahkan? Tertarik? Rasa nak cuba buat? Silalah silalah... jangan ragu-ragu jangan segan-segan... hik hik hik... Sendiri yang cuba sendiri yang tengok... Dah sempurna, bolehlah yakinkan diri untuk tampil dengan teknik solekan ini di khalayak ramai... Ada kalanya seronok bereksperimentasi dengan alat-alat solekan ni... Mencuba pelbagai variasi dan teknik... 

Mana dapat ilmu ni? Farah dapat tau tentang teknik ni bila baca artikel kecantikkan di Harpers Bazaar di SINI...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles