Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Benarlah Seperti Yang Dikatakan Hafiz Rahim... ^_^

$
0
0
Sumber dari Google
Ho ho ho, tahniah diucapkan kepada diri sendiri kerana telah mendapatkan diri ini kabel pengecas tablet yang baru... Dan apa yang benar dikatakan oleh abang putih pink Hafiz Rahim?

Inilah dia "screenshot" konversasi kami di salah satu entri abang putih pink pada awal bulan September 2014 di dalam entri abang putih pink yang bertajuk... Kenapa Charger Cepat Rosak?. Benarlah seperti yang dikatakan abang putih pink kita bahawasanya... lambat laun pengecas akan lambat mengecas. He he he... Dan itulah yang terjadi pada Farah sejak seminggu yang lepas. 

Makanya tadi telahpun mendapatkan pengecas baru disebabkan keadaan yang semakin tenat dan meruncing... Tablet tu nak pakai ooo...banyak kerja nak buat...Kalau tidak nanti, tak berasaplah dapur tak dapatlah nak buat kerja-kerja blog dan media sosial ni. Ahakss kerjalah sangat...Iya tapi betullah memang kerja... Hu hu hu, takkan nak tipu dan ada-adakan cerita pulak yer tak?

Itu Apek kidai ar... cakap...itu kabel tengok lu macam mana pakai... Ha ha ha... Apek oh Apek...Saya dah pakai dengan penuh berhemah dah Apek oiii.... Tapi kira ganas jugaklah Farah kan? Bulan Februari 2014 dan sekarang bulan November 2014, tak sampai setahun lagi tu...Ha ha ha... Lepas tu biasalah...dah jadi macam ni... Konon-konon alasan nak beli semakphone lain lettew...Ha ha ha... Abah Ash nak dapat bonus ni 15 Disember 2014 ni...Ha ha ha...Agak-agak ngorat dapat semakphone lain pulak tak? Errmm...Sony Xperia Z3 ke? Samsung Note 4 ke? Lepas tu, bolehlah bagi kuasa sepenuhnya pada Nek Ma Ash ke atas tablet ni... Dengggg.... Berdarah hidung... #ehhh... 

Tak adalah, kalau Farah nak tukar tu, nanti Farah tukarlah sendiri "uolss"... Cukuplah tablet ni sebagai hadiah...Tak baik seksa suami tau mintak bukan-bukan...Ha ha ha.... Farah pun bukan jenis yang suka meminta-minta setakat ni...Alhamdulillah...Kalau diberi ambil, kalau tak diberi... beli sendiri...Apa susah...Tak ada nak "tacing-tacing" nya kalau suami tak belikan... Ha ha ha... Duit sendiri ada belilah sendiri...Ok dah melalut...*_^... 

Yang nak ceritanya, pasal kabel pengecas jer...jauh pulak ke laut ke darat perginya... Ok daaa....

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928