Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

"My Baby Son Turns One Today!" | Selamat Hari Lahir Yang Pertama Ash!

$
0
0

Ha ha ha... ini dah mulalah entri emosi dan syahdu syahdan ni kan? Ibu-ibu memang giteww kaedahnya... Errr... ke Farah yang salah kenyataan? Bha ha ha... 

Phew semalaman tak tidur ok? Mata tak boleh tidur pulak... asyik tenung Ash tu, lepas tu usap-usap, lepas tu tepuk-tepuk, lepas tu cium berulangkali... sambil air mata bergenang-genang... Bha ha ha... melampau emosi tak? Ibu-ibu faham kot? Mungkin perasaan tu sampai kepada mereka juga yang membaca. Samalah... tahun lepas pun tak tidur malam bila masuk ke 26 November 2013. Bibir tak berhenti zikir... lepas tu membayangkan segala macam kemungkinan yang akan berlaku paginya nanti... Al-maklumlah pagi-pagi subuh dah nak ke hospital... "check-in" dan bersiap sedia untuk dibedah. Seumur hidup, itulah kali pertama masuk bilik bedah. Dan itulah pengalaman pertama. Seriau ooo masa mula-mula tu.

Nak kata takut tu memang takut lah... tapi bila jadi seorang ibu tu, perasaan takut tu kena lawan. Kalau nak jadi mak, kenalah tempuh. Walaupun takut tapi buat-buat berani. Haaa, mesti ada yang kata... eeee ngerilah, takutlah dan tak seberani mak-mak lain yang dah melahirkan. Rasa takut tu akan boleh dilawan secara automatik. Serius percayalah. Memanglah berdebar. Dup dap dup dap jantung tak payah ceritalah ok? Tapi sebenarnya ok jer... Taklah seteruk tu... Bukan cakap besar ek? Apatah lagi riak... "No no no no no".

Mula-mula memang Farah rasa takut mengenangkan perut nak dibelah. Tapi lepas dah masuk, dah kena bius.. Farah tak pakai epidural pun cuma bius separuh badan jer... Dibedah dalam keadaan sedar... tak rasa apa punn.... okjer... siap boleh relaks borak dengan "gynae" Farah yang tengah sibuk buat kerja nak keluarkan Ash... Cuma sayangnya tak dapat nak tengok dengan jelas refleks cermin di lampu bedah perut yang kena belah tu sebab tak pakai cermin mata atau "contact lens". Ahaksss... mula-mula takut berdebar segala bagai, lepas tu jadi berani pulak. Sekejap jer tak lama pun... dalam 15 minit kerja selesai. Lepas tu dengarlah suara si mata boolat sampai satu tingkat tu. Nak tengok tapi tak dapat sebab awal-awal lepas keluar dari perut. Kena balut dan bawak keluar ke abahnya. Jadi abahnya lah orang pertama yang lihat dia sebelum Mummy. "I is jelly" tau... Bha ha ha...

Lepas bedah, dah masuk wad... bius masih ada...  maka tak rasa sakit lagi ok? Boleh senyum-senyum dan cakap lapar lagi tu... tapi bila dah masuk wad... tiba-tiba badan gigil... Sejuk macam kat eskimo... Tapi jururawat kata tu biasa bila lepas bedah. Mereka selungkupkan dengan satu selimut macam beg sauna tu... entah apa namanya entah... dalam hati sibuk nak tengok anak... ha ha ha... lepas tu ok... jururawat datang masukkan ubat dan bagi makan ubat... tu pun lepas 6 jam. Bukan serta merta. Sibuk nak tengok anak. Akhirnya dapat jugak tengok si mata boolat ni...


Tapi sayangnya tak boleh nak duduk dan dukung atau pangku dia lagi sebab baru lepas bedah. Makanya, elus elus lembut jerlah pipi dia. Subhanallah... Maha Besar Allah... Alhamdulillah dia selamat dan cukup sifatnya. Syukran Allah. Dialah teman Mummy... elok senyap jer... bila semua orang dah balik... tinggal dia dan mummy berdua jer. Wohooo bila malam jururawat nak ambil dia bawa ke bilik bayi macam tak nak bagi jer... Ha ha ha...

Menjelang tengah malam, perut tu dah mula rasa pedih-pedih... Pedih ooo... cuba tahan konon kuat... Yerlah bius dah hilang kan? Pas tu jururawat datang suntik peha kanan, esok katanya peha kiri pulak... untuk apa tak ingat dah pulak... Ha ha ha... Lepas tu tak boleh jadi ni... sambil blogging, Facebook dan What's App tekan "button"... mintak jururawat suntik ubat penahan sakit... Lega ok?

Esok pagi pulak... kena bangun dari katil dan ke tandas... jururawat suruh buat jugak... ho ho ho...agak seksa ooo... tapi jangan risau ada teknik dia... Masa mula-mula nak bangun tu... ya ampunnn... dah bangun... terbongkok-bongkok pegang perut pergi tandas buang air kecil. Kena buang air kecil sekurang-kurangnya 3 kali baru boleh balik rumah! Teettt... tapi Farah buang air kecil 2 kali jer... ngaku 3 kali...sebab nak balik cepat... Ha ha ha...

Ok ok.. panjang lebar pulak cerita bersalin yer? Cumanya siapa sangka... anak yang berisiko dalam kelahiran yang mungkin boleh kehilangan darah yang banyak dan melibatkan nyawa dia dan Mummy dia disebabkan komplikasi Placenta Previa Tahap 2... akhirnya kini setahun... Alhamdulillah, syukran Ya Allah... Sebab tu kalau ada yang berbunyi pilih antara anak dan kerjaya... Rezeki kerja Allah beri dalam pelbagai cara dan di mana-mana tempat yang dikehendakkan... Kerja boleh bertukar ganti... tapi rezeki anak, apa yang dianugerahkan... itulah yang dihargai dan dijaga sebaiknya... Amanah Allah tu...


Iman Firash Bin Husaini... adalah warna dalam kehidupan kami suami isteri... kegembiraan dan juga gula-gula hati kami. 11.25 pagi, 26 November 2013 dengan berat sebanyak 2.86kg... Kecik jer ek? He he he... Kini telahpun setahun... Anak manja Mummy, anak Abah... buah hati, intan payung Mummy yang terutama... Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang pertama Ash... "Happy 1 Year Old"... Semoga Ash diberikan kesihatan tubuh badan, kegembiraan, kejayaan, kebahagiaan dunia serta akhirat, dimurahkan rezeki, dilimpahi rahmat dan di bawah lindungan Allah SWT selamanya. Moga-moga membesar menjadi anak yang cerdik pandai, In Shaa Allah Mummy akan cuba didik sebaiknya...seimbang ilmu dunia serta akhirat, Ash jadi seorang yang taat pada Allah SWT, agama dan juga pada Abah serta Mummy.

Kelahiran Ash dan adanya Ash adalah hadiah hari jadi Mummy yang paling bermakna... Tak ada hadiah lain yang boleh setanding... Paling seronok, hari lahir Ash dan Mummy selang sehari jer... Hew hew hew... Hadiah dah banyak kan? ^_*... Dari awal bulan lagi dah dapat macam-macam kan? Ha ha ha... Kek kita kongsi sama-sama kan? Kira acilah tu...

Selamat menempuh fasa-fasa perkembangan di usia setahun anak manja Mummy... ^_* "Love you my baby son..." #muahciked tapi berulang-ulang...

*Phew 1 anak cenggini panjang lebarnya... bayangkan kalau 2-3-4 anak... Setiap anak berjela-jela ekspresi diri di blog... bha ha ha... Setahun sekali kann? 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles