Goyang pun goyanglah... Bila dah melonjak-lonjak dan menggeletis sangat nampak kamera tu macam tulah gayanya Ash. Pheww... Kalau ikut-ikutkan gelaran asal dia yang diberi oleh Uncle Shark dia adalah "cuperboy" si mata boolat ni... tapi kalau Mummy dia nak tukar "SpiderMan" boleh tak? Muahahaha...
Kenapa? Sebabnya...sekarang ni dia dah pandai memanjat tangga walaupun belum pandai stabilkan badan untuk berdiri... Berpeluh dan kecut perut Mummy tau tak? Tau ke tak? Huwaaaa.... Memang pantang lepa...tak bolehlah terleka sikit...Beginilah anak lelaki yer tak? Dengan gaya badan melekap ke lantai (ha ha ha...sama ada dia mengengsot atau merangkak)...dia akan menuju ke tangga, dan naikkan badan dia sedikit demi sedikit.... dan akhirnya berjaya melepas anak tangga yang pertama dan kedua. Berlari Mummy dia sebab takut dia jatuh tangga.
Itulah sebabnya gigih nak membeli "baby safety gate" ... hurmm dah 2 kali dah sebut dalam entri hari ni. Nampak sangat perkara ini sahaja yang berlegar-legar dan bermain-main di fikiran Farah sekarang ni. Hua hua hua. Keselamatan anak siapa tak risau kan? Memang tercunggap-cunggap nafas ni dibuatnya. Aduhaiii anak terunaku...
Itu baru tangga tu.... belum lagi esok-esok kalau dah stabil berdiri dan berjalan...Alamatnya Mummy kena bersedia dengan kemungkinan kerusi atau sofa patah lah pulak yer tak? Harap-harap tak lah sampai ke peringkat yang macam tu kelasakkan Ash... dan juga keganasan dia...Muahahahaha...
Jadi kiranya macam dah molek sangat dahlah kalau tukarkan gelaran dia pada "SpiderMan" tu kot? Ha ha ha... Oklah "uolss"...selamat berhujung minggu... Esok Farah kerja dan lepas kerja ada sesi memanjakan diri In Shaa Allah... *_^...
*Nak cari kotak dalam pejabat ni, nak siap-siap kemas barang dalam kotak... (sebenarnya tak sabar dah nak tunggu hari terakhir 12 Disember 2014 tu... haiiii, cepatlah waktu berputar... dah tak sabar nak tinggalkan Pink Panther ni... #ehhh... #oopsss .... ha ha ha....)...