Tiba-tiba...petang-petang macam ni boleh pulak tempek gambar diri sendiri...Adoiyaiii... Sangatlah "the" poyos kan? Ha ha ha...Layankan ajer orang yang sibuk mengalahkan pemilik syarikat ni sejak kebelakangan ni...
Ada sebablah kenapa tempek gambar ni "uolss"...muahahaha...nak cerita tentang tips penjagaan tudung...dari guna model kat Google... apa salahnya guna model diri sendiri kan? La la la... Ok, ringkas jer entri ni...dah petang kann? Tengah berlumba-lumba nak balik ni... Makanya kita ringkaskan ajer yer?
Menurut sumber di SINI
1. Pastikan tudung tidak diramas ketika mencuci, cukup dengan hanya mencelup dan mengangkatnya beberapa kali sehingga bersih dari bahan pencuci.
2. Rendam tudung seketika di dalam air bercampur pelembut ataupun sabun mandi selama 15 minit, kemudian bilas dengan air bersih dan jemur di kawasan yang redup (di tempat cahaya matahari tidak terlalu terik).
3. Jangan sesekali memasukkan tudung ke dalam mesin basuh kerana ia akan merosakkan serta tudung yang memiliki sengkuap atau "awning".
4. Setiap kali membasuh tudung, asingkan daripada kain yang lain. Amalkan membasuh tudung bersama tudung lain sahaja.
Begitulah hendaknya... makanya marilah kita sama-sama menjaga tudung "weollss"...Ahakss...rindu nak gunakan "iolss""uolss""weollss"... Beli tudung bukannya pakai air liur yer tak? Nak nak lagi kalau yang mahal...takkanlah tak jaga... haruslah jaga giteww kan? Semoga bermanfaat...