Memang macam kena-kena jer "timing" dia... 26 November 2014, Pink Panther terbang ke seberang laut dan tarikh 26 November tu adalah ulang tahun hari kelahiran Ash yang pertama!!! Dalam kotak pemikiran ni dah merangka-rangka dan berkira-kira untuk cuti!!!
Haruslah kan? Tahun lepas sewaktu kelahiran Ash dah tentu-tentu bercuti sebab perut tu nak kena belah dan nak kena keluarkan si mata boolat ni. Takkanlah tahun ni tak boleh meluangkan masa seharian bersama dia sempena ulang tahun kelahiran dia yang pertama?
Dan apa yang Farah dah rancang untuk hari tu adalah... nak luangkan masa untuk Ash sahaja. Fokus pada Ash. Errrr... blog In Shaa Allah akan ada entri jugak. Tapi kemungkinan besar entri berjadual. Nak bawak dia berjalan-jalan. Tak payah jauh-jauh dekat-dekat pun ok... Nama pun cuti sehari kan? Ha... lepas tu yang paling penting... nak tiup lilin dan potong kek sama-sama...
In Shaa Allah, mudah-mudahan terlaksana dengan izin Allah SWT.
*Nak masak-masak sikit dan sedekah pada surau dan masjid di taman perumahan ni serta jiran-jiran... moga-moga ada rezeki... In Shaa Allah... ^_^