Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Siapakah Mangsa Gigitan Pertama Ash???

$
0
0

Kerk kerk kerk bunyi sesuatu melanggar sudu dari dalam mulut Ash tengah hari Sabtu. Bila dengar bunyi tu, serasa dah boleh agak dah kejadian apakah ini? Ha ha ha... Tengok tajuk pun dah tau kan? Cerita apa lagi? Kalau bukan cerita tentang gigi Ash... 

Phew, akhirnya muncul juga gigi susu pertama Ash yer? Setelah 11 bulan... Syukran, Alhamdulillah. Errr... Ash sila ambil perhatian, kalaulah Bubblynotes wujud lagi bila Ash dah pandai membaca... gigi susu awak yang pertama tumbuh pada usia 11 bulan yer? Ha ha ha... Mummy yang ting tong... Nasiblah... 

Bila rasa dengan tangan... ya betul tanggapan dan andaian Farah tu. Nak ambik gambar, memang taklah dia nak bagi bukak mulut comel dia tu. Kena pandai "timing" nak ambik gambar tu... Makanya, nanti-nantilah dulu yer... Sampai detik tu, mesti Farah tak lepaskan peluang nak rakamkan gambar gigi Ash... Ha ha ha... Gigi pun nak "capture" ye tak? Haruslah detik-detik indah bersama permata hati. Tapi jumpalah dari Google gambar yang menunjukkan lebih kurang bagaimana kondisi gigi Ash tu. Macam ni ha...

Sumber dari Google
Tapi gigi Ash tu naik sikit lagi dari gambar ni. Ha ha ha, faham tak? Faham kan? Dan disebabkan itu... semalam dia kemaruk mencari lengan orang... menghisap lengan sambil menggigit-menggigit... Tapi meragam sikitlah... nak berdukung dan berkepit ajer... Biasalah tu kan bagi bayi yang nak tumbuh gigi atau sedang dalam proses tumbuh gigi? Cuma setakat ni tak ada tanda-tanda tak sihat. Harapnya berterusanlah begitu... tak perlu demam untuk tumbuh gigi... In Shaa Allah, mudah-mudahan... ngee...

Tapi siapakah mangsa pertama Ash? Jeng jeng jeng...


Mummy lah siapa lagi? Muahahaha... Ingatkan Nek Ma dulu? Tapi rupa-rupanya Mummy... Habislah lepas ni semua orang dalam rumah kena siap sedia digigit... Ekekekeke... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles