Siapa yang tak kenal dengan Donatella Versace kan? Hik hik hik, nak bukak ruangan gosip retis menjelang petang Jumaat ni kejap... Kita santai-santai sikit tengah-tengah hari ni, loose kan sikit minda...
![]() |
Sumber dari Google |
Zaman sekolah-sekolah dulu, cukup terkenal minyak wangi Versace dalam tin dan botol ni... Hi hi hi... Betul tak? Dan Versace bukanlah sekadar jenama pereka terkenal Donatella Versace yang sinonim dengan minyak wangi saja, tapi macam-macam ada. Cumanya... dari satu sumber di SINI, Farah jadi ngeri pulak tengok rupa paras dia yang dulunya lagi cantik kot dari sekarang... Sekarang dah macam patung lilin manusia dah... berkilat semacam... Semua gara-gara dari botox, implant, laser resurfacing. Hurmm...
![]() |
Sumber dari SINI |
Betul tak? Dah macam patung lilin manusia dah... Patung lilin pun tak kilat sangat macam ni kot? Dan cuba bandingkan dengan gambar-gambar sebelum ni...
Kesemua sumber adalah dari SINI
Oklah kalau tanya Farah lah kan? Kalau dia bersungguh nak ubah rupa paras dia sebabkan nak jaga imej dan cantik, Farah rasa kalau beliau tetap pada gambar pada tahun 1998 tu dah ok dah kot? Ermm... tapi tak taulah mungkin cantik di mata dia tak cantik di mata kita kan? Manusia ni kan berbeza-beza selera dan juga pandangan serta pendapat... Hu hu hu...
Terfikir bagaimana sesetengah manusia sanggup berhabis duit untuk mengubah rupa paras sampai tak tau jadi apa entah sedangkan yang asal yang dah dijadikan dah cukup ok kot? Touch up sana sini sikit... Oklah... Kalau pakai bulu mata pelesu tu boleh terima lagi...kalau dikatakan sebab kesihatan atau sebab kecacatan tu, sebab malu nak berdepan dengan masyarakat boleh diterima lagi... Tapi bab yang saja-saja ni... Ha ha ha... Susah payah diaorang ek tanggung sakit demi nak ubah... Lepas tu bila hasil tak seperti yang diharapkan dah tak boleh nak undur balik dah... kena kekal macam tu kan? Tak ke menyesal sepanjang hayat? Wallahualam...