Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

"Advanced Birthday Wish & Rewards"...

$
0
0

Ermmm... tajuk tu kannn... gedik dan getis tak kalau Farah katakan tak berapa nak reti sangat nak Melayukan? Muahahaha.... Errr... sebenarnya reti tapi rasa macam bunyinya pelik dan skema sangat.... Bha ha ha.... Ya Ampunnnn.... Omputihlah sangat ye tak?

Ya seperti penampakkan imej, ianya adalah kad ucapan hari lahir dan juga sedikit token dari pihak pengurusan syarikat Farah bekerja sekarang ni. Hew hew hew. Tapi bukanlah semalam ataupun hari ni ulang tahun hari kelahiran Farah. Lambat lagi... pada penghujung-penghujung bulan November ni jugak! Hik hik hik... 

Save the date ok? Bulan November yang akan tiba ni bakal menyaksikan Bubblynotes akan dilengkapi dengan cerita ulang tahun kelahiran mak dan anak... Ha ha ha... Agak-agak perfect timing or not uolss? Farah bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-32 pada 24 November 2014 dan Ash pulak bakal menyambut ulang tahun kelahiran pertama pada 26 November 2014. In Shaa Allah... Amin... Syukran Allah... tercapai jugak cita-cita nak dekat-dekat tarikh lahir dengan anak sendiri! La la la la.... Sebenarnya dulu nak suruh gynae belah jer perut 24 November 2013... Tapi katanya kena tunggu jugak 26 November 2013. Kalau dapat tarikh yang sama lagi ohsem kan?

Ok ok... tak nak mengomel panjang-panjang pasal tarikh tu... Cumanya ini sememangnya tradisi syarikat.. setiap bulan setiap tahun, ulang tahun kelahiran kakitangan syarikat akan diberikan kad ucapan dan token sebegini pada akhir atau awal permulaan bulan seterusnya. Jadi benda ni memang rutinlah... 

Tapi memang rasa pelik sikitlah bagi Farah bila setiap kali perkara ni berlaku... Muahahaha... macam awal sangatlah pulak... Tapi tak apalah orang memberi kita merasa, orang berbudi kita menerima... Errr... betul ke pepatah ni? Ha ha ha... Balun ajerlah... 

Macam tulah kisahnya nak mengomel pagi ni... tu jer buat permulaan hari Jumaat ni... nak ceritakan tentang bulan November yang didatangi dengan keterujaan... Tapi tak adalah teruja sampai lupa diri ok? Ha ha ha....

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928