Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Tengok-Tengok Ash Buat Apa Ni???

$
0
0
Macam dia pulak yang menaip ek? Ha ha ha... Assalamualaikum dan salam pagi Isnin uolss... Sebenarnya nak taip malam semalam... ihikss tapiii internet lembab... makanya memang apa pun tak bolehlah kan? Pagi ni lah nampaknya kita membebel ok? 


Sekarang ni memang tengah kemaruk Ash ni... Kemaruk nak berdiri... Pantang tengok atau nampak objek-objek yang boleh jadi bahan pautan. Haaaa macam tulah gerak gayanya... Tak kisahlah sebab memang itu fitrahnya setiap anak-anak kecik kan? Oh ya harap maaf kualiti gambar agak kurang memuaskan sebab Farah pakai Nek Ma Ash punya telefon... muahaha... bukan senang nak dapat moment macam ni! Makanya, kita pakai atau sambar apa sahaja yang ada berhampiran yang mudah dan senang.


Yeayyyy!!! Akhirnya berjaya!!! Tu dah bangga sangatlah tu pada dia tu... Bukan main suka lagi dah dapat berdiri... Tak sedar tu Nek Ma sebelah tangan pegang paket diapers sebelah lagi pegang tangan dia sebab terhuyung hayang lagi tak stabil. Ha ha ha... layankan ajer yer tak?


Dah dapat berdiri bukan main lagi gaya kan??? Ha ha ha... Cumanya memang tak boleh tinggal sendirianlah... Lagi-lagi tengah kemaruk berdiri macam ni... Huh... masa-masa nilah kalau tak dipantau atau dibiarkan banyak kecederaan boleh berlaku... Jadi tugas bertambah lagi secara semulajadinya... Ha ha ha... Adatlah tu kan? 

*Ringkas jer, sebab nak bersiap ke pejabat dah ni... Isnin jalan pasti sesak bangattt deh! ^_* 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles