Bha ha ha... Sengal...Masalahnya cantik ke gambar Farah ni? Kot yer pun nak dijadikan contoh ye tak? Carilah gambar lain... Inilah namanya ting tong di petang Jumaat... ^_^... Bolehlah ni...
Tapi memang nak cerita macam mana nak nampak cantik dalam gambar pun...Bukan tips dari Farah...tapi tips dari SINI... para penggila-penggila selfie dan penggila-penggila kamera mesti suka tips ni... hik hik hik... Buat tambah-tambah skil bergambar katanya... la la la...
MAHIRKAN SENYUMAN IKONIK ANDA
Setiap orang mempunyai daya tarikan tersendiri ketika tersenyum Ada yang kelihatan menawan dengan senyuman yang menampakkan sedikit gigi, ada yang kelihatan comel tersenyum lebar dan ada pula yang nampak lebih seksi dengan senyuman kecil yang boleh memberikan unsur misteri kepada wajah. Mahirkan senyuman ikonik uolss, tonjolkan kemahiran ini ketika sesi bergambaryang seterusnya. Sekiranya jenis yang susah nak tersenyum tu, fikirkan sesuatu yang menggelikan hati sebelum bergambar sebab ini dapat membantu kita tersenyum dan tampak lebih asli.
PERANAN RAMBUT
Ini bagi yang tak berhijab, rambut akan kelihatan nipis di dalam gambar. Untuk mengelakkan hal ini berlaku, gunakan jari ketika berposing. Selakkan sedikit rambut ke atas dan biarkan posisi tangan di kepala sambil tersenyum seksi. Taktik ini sering digunakan oleh model-model terkenal bagi menampakkan kelebatan rambut dan mengelakkan mereka nampak kaku di dalam gambar.
JANGAN TUNDUK
Setiap kali mengambil gambar, pastikan mendongak sedikit ke atas kerana ia boleh menyembunyikan dagu yang berlapis!!! Muahahahaha...nampak tak permainannya di situ? Nampak tak gambar kat atas ni... Berjaya tak? Berjaya tak? Pastikan lensa kamera berada selari dengan paras mata. Sekiranya lensa kamera berada di bawah paras mata, kita akan kelihatan gemuk di dalam gambar. Hua hua hua, lepas ni nak kena buat post mortem gambar-gambar lama ni...Ahakss... Kaji kesilapan teknik bergambar kaedahnya...
POSISI BADAN
Ketika berposing, sekiranya kita menghadap kamera ia tidak akan memberikan bentuk badan yang menarik di dalam gambar. Sengetkan sedikit badan kita, kira-kira 45 darjah daripada lensa kamera, letakkan satu kaki ke hadapan dan tangan di pinggul. Kita akan tampak lebih tinggi dan kurus dengan posisi ini. Ihikss...Sila cuba jaya...
Begitulah tips-tips yang diberikan... *_^... oh ya, lagi satu dari Farah sendiri... ekekekeke... bila bergambar tu relaks... jangan nampak kaku ataupun bahasa omputihnya stiff sangat... barulah natural dan cantik... lembutkan badan tu, lembutkan ekspresi tu... ha ha ha, jangan dok tenung lensa kamera tu macam nak makan sampai terjegil biji mata uolss.... Tak cantiklah gambar giteww... Hu hu hu... Relaks, bertenang...
*Tapiiii... tak nak sekadar nampak cantik dalam gambar jer... luar gambar pun nak cantik jugak...Ha ha ha... Jadinya, makanya kenalah jaga personaliti ye tak? Daaaaa....