Pembuka cerita pagi ini... Cerita minggu lepas yang baru digarap pagi ni... Muahahaha... Garaplah sangattt kan?
Ash dah pandai merajuk! Ini semua gara-gara tablet... Ha ha ha... Nasiblah dengan Mummy tidak bermaksud tidak! Merentanlah, tunjuk perasaanlah macam mana sekalipun... tidak tetap bermaksud tidak... Tapi tak adalah dibiarkan macam tu ajer dia menangis... Pujuk tetap pujuk... Alihkan perhatian dia pada perkara lain.
Apa kes Ash merajuk sampai 2 hari? Sebab malam Jumaat hari Khamis hari tu, cukup 10 minit... Farah dengan perlahan-lahan tarik tablet dari tangan dia dan simpan. Bateri dah kaput dan sengaja tak charge cukup 10 minit... logo Samsung keluar dan tablet tertutup dengan sendirinya. Apa lagi kan? La la la la...
Alihkan perhatian dengan dukung dia dan bawak ambil angin kat depan rumah jap. Ingatkan ok... sebab dah diam dan senyum dan boleh gurau. Tapiiii... muahahha... rupanya dia layan tak layan jer dengan Mummy dia. Sampaikan tak nak cium. 2 hari ko! Hamik! Ha ha ha padan muka... anak merajuk! Ooo macam ni yer gaya Ash merajuk... Ekekeke... Ikut perangai siapalah ni? Tapi rasa-rasanya macam kombinasi kedua-dua Abah Ash dan Mummy Ash. Sebab kami kalau merajuk sesama sendiri memang makan hari. Ha ha ha, manja tak? Gedik tak? Ke meluat? Nyampah tau! Dah 2 tahun lebih sama jer coraknya tak berubah-rubah. La ni turun ke anak pulak. Ho ho ho....
Nak tau bila dia mula cium Mummy dia balik? Ha ha ha, tak nak tau pun tetap nak cerita jugak! ... ^_^... Dia mula cium lepas bawak dia pergi Hipopo... nampak tak permainannya di situ? Sikit-sikit Farah dah boleh baca karakter Ash ni... Bagaimana pembawakan dan personaliti dia pada masa kini dan mungkin jugak akan datang... Muahahaha...
*Bahaya ni... sok sok kalau dah besar kalau merajuk mau dia tak nak bercakap ni... kui kui kui...
*Bahaya ni... sok sok kalau dah besar kalau merajuk mau dia tak nak bercakap ni... kui kui kui...