Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Lupa Pulak Hari Ni Isnin!!!

$
0
0
Sumber dari Google 
Penangan dari commercial video shooting untuk Phillips VisaPure sehari suntuk semalam... hu hu hu... Hamik ko... semua benda tak menjadi!!! Malam pukul 10.00 lepas tidurkan Ash dengan Mummy-Mummy dia sekali tertidur sama... Janji dengan abang besar nak bagi maklum balas malam pun terbabas. Ya Ampunnnn abang besar... Memang betul-betul terkandas semalam... hu hu hu... 

Lepas tu pagi ni, biological alarm Farah iaitu Ash kejutkan dengan ciuman pagi. Awal betul dia bangun pagi Isnin ni. 5.39 a.m. mata dah celik dan kejut Farah. Bagus bagus... Hee... Lepas tu macam elok jer rasa nak sambung lelap sekejap sementara nak bersiap untuk solat Subuh. Muahahaha konon nak lewat sikit lah kan? 

Datang jer Nek Ma Ash... suruh gegas sebab hari ni Isnin dan jalan mesti sesak. Terus terjaga!!! Lupa pulak hari ni Isnin... boleh? Ingatkan Ahad!!! Huwaaa... Nampak sangat aura cuti Deepavali dah masuk.... hu hu hu... Lagi-lagi hari ni Pink Panther berjalan-jalan ke Singapore dan pagi Selasa Farah cuti separuh hari. Memanglah aura cuti tu kuatkan? Bukan aura cuti tu yang lebih sebenarnya... badan tuntut rehat rasanya... Bha ha ha... alasan... 

Bila teringat hari ni Isnin... langsung-langsung banyak perkara yang perlu diselesaikan memenuhi ruang otak ni... Hurmm mana satu nak mula dulu ni? Tau dah... 

Ok... kena gegas sekarang... daaa...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles