Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Sekejap Lagi Bakal 'Rushing'!!!

$
0
0
Source Extracted from Google
Hari ni adalah Sabtu. Agagaga semua orang pun tau. Dan hari ni terkena pulak secara tiba-tiba hari Sabtu bekerja Farah. Dan hari ni jugaklah Farah ada temujanji dengan Dkna Abza yang telah diaturkan sejak dari awal bulan hari tu selepas Hari Raya AidilAdha. Ada projek sikit kami berdua bersama dua orang lagi ibu-ibu comel di luar sana. 

Temujanji kami adalah pada pukul 2.30 petang... Farah habis kerja pukul 12.30 p.m. dan selepas ni memang bakal rushing tahap heavy metal sebab nak kena gerak dari PJ dan kemudiannya balik ke rumah lepas tu terus siapkan barang-barang Ash dan zass bergerak ke Puchong pulak. Muahahaha...Tapi dah bagi tau awal-awal dengan Dkna dah... Kemungkinan kelewatan ketibaan akan terjadi nanti... Paling tinggilah paling tinggi, koman-koman Farah akan cuba sampai pukul 3.00 petang. Semoga jalan tak sesak. (Dengan penuh harapan tu... )...Lepas ni nak kena mintak tolong GPS bagi aturan perjalanan yang paling dekat dan cepat. Bergegas ni uolss bergegas... Hu hu hu... 

Semenjak dua menjak ni diakui memang Farah terkejar-kejar ke sana ke mari... sampaikan Bubblynotes.Com punya entry timing pun jadi tunggang langgang dah... Huwaaa... Semakin hari semakin sibuk...nak katakan Perdana Menteri tak jugak... Ahakss... #oppss terlebih sudah... Biasalah tu kan? Bila anak semakin membesar semakin banyak perkara yang perlu difokuskan dan diberi perhatian... Bubblynotes.Com tak lari pun, tetap ada di sini... Melainkan Farah sendiri yang tutup...Muahahaha... 

Sekarang ni tengok jam jer...macam bilalah nak pukul 12.30 p.m. ni... memang betul-betul nak kena gegas ni... Oh, jalan tolonglah behave hari ini yer? Please be nice to me? Please?

*Projek mak-mak dan anak-anak namanya ni...nanti I is kongsi yer? In Shaa Allah...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles