Kita yang wanita-wanita ini, hari-hari main belasah jer pakai handbag ikut citarasa dan tekak selera kesukaan kita kan? Ada yang memang pengumpul dan pencinta handbag, memang kenal setiap bentuk dan rupa handbag tu... Tak payah tanya banyak, sekali imbas jer dah tau handbag tu dari jenis mana, apa dan jenama apa... Tapi, bagi yang tak berapa nak kisah sangat asalkan sedap mata memandang cuma define handbag itu sebagai handbag... bukan dikenalpasti berdasarkan bentuknya...
Saja suka-suka waktu-waktu bosan dalam kesesakkan lalu lintas macam ni nak berkongsi dengan uolss tentang perbendaharaan kata fesyen beg...Hew hew hew... Bila waktu-waktu bosan, ada kalanya muncul pelbagai perkara dan idea dan kadang-kadang terfikir perkara-perkara yang tak terfikir selama ini giteww... Muahahaha... Otak berjalan seiring dengan jalan yang sesak kaedahnya... Gigih akak Google tau...
![]() |
Sumber dari Google |
Tak jelas bolehlah besarkan sendiri dengan klik di atas gambar yer semua... Dalam banyak-banyak jenis yang ada di dalam koleksi peribadi Farah adalah... hobo, baguette, quilted, clutch, satchel, duffel/sea, flap, tote, frame dan wristlet... #ehhh apasal macam terbanyak ni? bha ha ha...tak adalah banyak mana pun... satu tu satu jer kot? atau satu jenis tu ada 2 jer kot... Bukan beli sekaligus, beli berdikit-dikit orang kata... Itu antara kegemaran Farah lah...
Tapi handbag paling mahal adalah... Ashhhh... ha ha ha...itu kalah semua Gucci ke? LV ke? Prada ke? Tak ternilai tu...tiada tandingan dan tiada lawan...
Kegemaran uolss pulak bagaimana atau macam mana?