Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Tolonglah Percaya Yer...

$
0
0
"Ermm...mcm pelik ker bila farah bahasakan diri sbgi farah lam entry...haha..ker aku sorang jer yg rasa camtu???"

Ha ha ha... dalam ramai-ramai pembaca (#ehhh ramai ke pembaca Bubblynotes.Com?)... hanya Mama kaOribuat masa dan ketika ini melontarkan kepelikkan beliau tentang penggunaan kata ganti bahasa nama diri Farah di dalam entri di Bubblynotes.Com bermula sedari pukul 12.00 pagi tadi sehinggalah sekarang... Mungkin ada yang lain perasan jugak tentang perubahan ini. Hew hew hew... Tapi tak ada masa nak komen je... Ekekekeke... 

Iya... sesungguhnya ianya adalah benar ok? Silalah percaya... angin perubahan sedikit demi sedikit akan melanda Bubblynotes.Com... In Shaa Allah... Apa jadi dengan iolss, uollss Farah tu? Ada ajer lagi... tapi perkataan yang berlambak-lambak di dalam Bubblynotes.Com selama ini itu akan cuba mula dikurangkan... Hanya mengikut kesesuaian ayat serta mood cheeky Farah sahaja.

Dah pulak??? Nak tukar kepada bahasa skema ke? Oh... no no no no no...tak ada maknanya nak skema sangat tau... Ting tong itu masih seperti biasa, keceriaan di dalam penulisan maya itu masih seperti biasa...Cuma ada waktu dan ketikanya dalam hidup ini kita memerlukan perubahan... Huhh... masuk ni jer hari ni dah 2 kali Farah sebut tentang PERUBAHAN... Ha, ini bermakna ada banyak benda di sekeliling Farah yang akan melalui angin perubahan sedikit demi sedikit dan mengambil masa In Shaa Allah tak lama lagi kesayangan-kesayangan Farah... Apa bentuk perubahan itu... masih belum tiba tika dan waktu untuk dilaporkan ataupun digebang-gebangkan... Ha ha ha... In Shaa Allah, moga-moga menjadi dan uolss pun doa-doakanlah semoga menjadi jugak. Nanti kita sama-sama saksikan ataupun perhatikan ya? Kalau cerita awal-awal semua perkara tak ada kejutan... tak surprise...bila dah jadi barulah seronok... Hua hua hua... 

Bakal ada perubahan besar dan juga perubahan kecil... Perubahan kecil sedikit demi sedikit dah mula beroperasi sekarang ni... Perubahan besar masih belum dilaksanakan... Tunggu masa yang bersesuaian sahaja... Pelan-pelan kayuh namanya ni...

*Tapi memang pelik sikitlah, Farah yang dah serasi dengan iolss sebagai kata ganti nama diri, berubah kepada nama sendiri sebab selalunya memang di Bubblynotes.Com Farah gunakan kata ganti diri iolss, cuma dalam percakapan seharian jer selalu bahasakan diri sama ada I... (ha ha ha, English lah sangatttt kann?) dan Farah... Masih cuba untuk beradaptasi dan membiasakan diri di Bubblynotes.Com dengan kata ganti diri yang baru ni... Hik hik hik... Oh ya, kegila-gilaan itu bukan gila ya? Masih sama dan serupa...Tak ada apa yang berubah...Farah adalah Farah yang masih sama yang semua orang pernah kenal dan kenal... Cuma kata ganti diri jer yang berubah kawan-kawan... Muahahahaha...

**Gunakan 'aku' sebagai kata ganti diri? Errr... buat ketika dulu, sebelum ini dan sekarang masih belum lagi terpacul dalam Bubblynotes.Com... Sebabbb...saya bukan begitu orangnya... Maksudnya jenis yang jarang nak bahasakan diri aku kau lah uolss... Hanya dengan rakan-rakan tertentu jer yang benar-benar rapat... Tapi kebanyakkan dari masanya... Farah memang bahasakan diri Farah dan juga bercakap I, You ...saya, awak... Ha ha ha... sopan tak Farah? Tolonglah kann? Rasa nak pusingkan bebola mata 360 darjah jer... Tiba-tiba terasa lebih dekat dengan semua orang bila membahasakan diri dengan kata ganti diri sebenar yang sering digunakan setiap hari... Ekekekekeeke... Gedik....  

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928