![]() |
Source Extracted from Google |
Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di Selatan Semenanjung manakala di sebelah Utara Semenanjung lebih dikenali dengan panggilan kirim perut. Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap 7 bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu di bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut.
Maka pada masa itu, bidan akan dipanggil untuk memeriksa dan menentukan isteri yang hamil itu betul2 telah genap 7 bulan hamil atau belum cukup bulan lagi. Jika didapati sudah genap 7 bulan isteri itu hamil, maka mulailah bidan itu diupah untuk melangsungkan adat melenggang perut ini. Kelengkapan yang mustahak perlu disiapkan untuk menjalankan adat ini. Antara kelengkapan tersebut adalah seperti berikut:
- 7 helai kain yang berlainan warna
- 1 gantang beras
- 1 biji buah kelapa
- Beberapa urat benang
- Sedikit minyak kelapa atau minyak urut
- Beberapa batang lilin
- 1 tepak sirih, yang lengkap dengan isinya
- Pengeras wang sebanyak lima suku (RM 1.25) di dalam tepak itu.
Setelah semua barang tersebut disediakan, tok bidan or mak bidan akan menjalankan adat melenggang perut seperti berikut:
Mula2 tok bidan/mak bidan membentangkan ke7-7 helai kain berwarna itu secara melintang sehelai demi sehelai. Ibu yang hamil itu akan dibaringkan di atas lapiasan2 kain tersebut. Kemudian, perut ibu itu akan diurut dengan minyak kelapa atau minyak urut secara perlahan2.
Selepas itu, kelapa yang sudah dikupas tersebut akan diguling2kan secara perlahan2 di atas perut ibu itu ke atas dan ke bawah sebanyak 7 kali dan pada kali yang ke-7 itu, kelapa itu akan dilepaskan serta dibiarkan jatuh bergolek daripada perut ibu itu sambil diperhatikan oleh tok bidan/mak bidan itu. Tok bidan/mak bidan akan memerhatikan bagaimana kedudukan muka atau mata kelapa itu setelah berhenti bergolek. Jika mata kelapa itu menghala ke atas, ibu itu akan beroleh anak lelaki, dan jika ia menghala ke bawah, anak perempuan akan dilahirkan.
Setelah itu, sebelah tangan tok bidan/mak bidan akan memegang 1 hujung kain lapisan atas sekali dan dengan tangannya yang sebelah lagi, dipegangnya hujung yang 1 lagi. Kemudian kain itu diangkatnya sedikit sambil dilenggang2kan badan ibu itu. Dari sinilah terbitnya panggilan Lenggang Perut itu. Selepas itu, kain itu ditarik keluar daripada bawah badan ibu tersebut. Perbuatan ini akan dilakukan sehingga habis ke7-7 helai kain itu dikeluarkan dari bawah pinggang ibu tersebut. Kain yang bawah sekali akan diberikan kepada tok bidan/mak bidan bersama2 dengan kelapa, beras, damar, sirih pinang beserta dengan wang pengeras lima suku di dalam tepak sirih itu.
Biasanya, pada hari melenggang perut akan diadakan kenduri kecil2an yang akan dihadiri oleh orang tua2 dan kaum keluarga yang rapat. Pada masa kenduri itu berlangsung, si ibu yang akan melenggang perut itu akan dipakaikan dengan pakaian yang baru dan cantik.
Credit, Reference and Source: HERE
Menurut sumber dari SINI
Antara adat yang bertentangan dengan syarak ialah lenggang perut. Adat ini wujud kerana azam kita agar bayi dapat dilahirkan dengan selamat. Hakikatnya, kita perlu memohon dan berdoa kepada Allah SWT supaya dipermudahkan bersalin dan bukannya melalui upacara tersebut. Oleh kerana adat ini diwarisi sejak turun-temurun, maka masyarakat hari ini masih lagi mengamalkannya. Ada usaha yang perlu digerakkan bagi menjelaskan kekeliruan antara adat dan agama.
Manakala dari sumber di SINI melalui Arkib Soal Jawab JAKIM....
Soalan:
Saya sedang mengandung anak pertama. Adakah wajib saya membuat kenduri melenggang perut dan adakah berdosa jika saya enggan melakukannya?
Jawapan:
Amalan melenggang perut sama ada anak pertama atau seterusnya seperti yang dilakukan oleh sesetengah masyarakat Melayu tidak wujud dalam Islam. Mempercayai sesuatu bencana akan berlaku sekiranya tidak dilakukan amalan melenggang perut adalah suatu perkara karut dan tidak berasas sama sekali dan adalah lebih baik jika ia tidak dilakukan.
*Me??? Tak buat pun dah namanya pun x wujud dalam Islam... Despite, never plan for it... Doa pada Allah itu lebih mustajab kan?