Bab2 tanam segala dalam pasu ni, memang salah satu aktiviti masa lapang iolss... Apa ajer yang tak ditanam dalam pasu iolss ni... pokok kunyit, pokok pandan, daun sup, daun bawang, daun ketumbar, pokok kedondong, pokok kari dan juga pokok jambu macam yang iolss pernah update dalam entri INI ... kalau nak tengok rupa pokok jambu yang lebat berbuah tu bolehlah klik perkataan SINI tu yer??? ^_*
Ha amacam??? Semangat tak daun2 kari iolss ni??? Ekekekeke... Inilah dia pokok kari iolss yang ditanam dalam pasu tu uolss... Gembira rasa hati bila tanaman menjadi... Kalau uolss pun mesti rasa happy kann??? Sebab sesuatu yang ditanam tu menunjukkan hasil giteww... Err gemuk ke tak, jadi ke tak pokok kari iolss ni uolss???
Sedikit cerita macam mana nak suburkan pokok yang ditanam yang dipetik dari SINI ...
Pokok memerlukan air, baja dan cahaya yang cukup untuk kehidupan yang subur, tapi tak semua tanah pertanian subur. So, macam mana caranya???
Caranya adalah cangkuk keliling pokok supaya ia menjadi lekuk, tujuannya supaya air dapat bertakung semasa hujan. Air yang bertakung akan diserap ke dalam tanah dalam kuantiti yang banyak. If tak buat lekuk seperti yang disarankan, air tidak dapat dikumpulkan dan diserap dengan banyak ke dalam tanah. Pokok akan mengalami kekurangan air dan mengakibatkanpembesarannya lambat, kurus, tidak subur.
Tanda2 pokok mendapat cukup air dan baja adalah:
1. Sentiasa ada daun baru yang tumbuh.
2. Daun yang sudah matang hijau hitam berkilat seolah berminyak.
3. Daun lebar2, tebal dan hijau gelap.
4. Pucuk baru tumbuh kerinting (tanda baja cukup)
5. Daunnya lebat dan lambat gugur.
6. Batangnya gemuk dan tegap.
7. Sihat dan tidak mudah diserang penyakit.
Pastikan pokok mendapat cukup air dan baja berterusan supaya ia membesar dengan pantas. Seterusnya mendatangkan hasil yang lumayan dan berlipat ganda.
Jika pokok cukup baja, tapi kurang air punn, ia tetap tidak subur.
Pokok kari yang iolss tanam dalam pasu ni, sebenarnya tak berbaja yang beli dari nursery uolss... Tapi baja semulajadi kaedahnya... Ikut petua Nek Ma Ash... siram dengan air basuhan ikan jer.... Alhamdulillah menjadi pulak... ^_^...
*Bila pokok tanaman menjadi... serta berhasil, tetiba jadi semangat pulak nak tanam pokok2 lain yang possible tanam dalam pasu...