Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Ada RM 2.00 Hinggit Tak???

$
0
0
Gambar sebenar dari tempat kejadian, dan orang yang sebenar, tapi bukan untuk tujuan mengaibkan dia... cuma terfikir tentang dia pagi ni... Hu hu hu... 

Sejak hari Selasa yang lepas, bila iolss pergi ke washroom, pasti terserempak dengan wanita ini. Sebelum2 ini tak pernah pun kelihatan kelibat beliau di sini dan muka memang tak cam... Oklah, think positive jer... Maybe dia salah seorang staff baru dalam building ni...Hurmm... Haipp, bukan iolss kepochi ek... Tapiii... memang dah kenal sesama sendiri muka yang keluar masuk Level 2 Surau ni... And tak kisah pun sebenarnya siapa yang keluar masuk washroom tu...orang senyum, iolss senyum...orang buat dunno, iolss pun buat urusan sendiri...ahaksss... Bukanlah jenis nak perhati orang 24 jam pulak... Tak ada kerja uolss...banyak lagi kerja lain nak buat... 

Macam mana pulak boleh cam wanita yang seorang ini??? Hu hu hu...Segalanya bermula apabila satu kepelikan tentang perbuatan wanita ini terhadap pengunjung2 washroom ni... Beliau akan membasuh tangan di bawah air yang mengalir banyak kali... sabun, gosok2 tangan, biarkan air mengalir di tangan...lepas tu lap dengan baju beliau...dan begitulah rutinnya berulang2 kali... dannn... hari tu dia tegur iolss... Iolss terperanjat!!! Sebab masa dia tegur tu...dia terus tanya... "Ada 2 ringgit tak???"... Ermmm pergi tandas mana ada bawak beg duit uolss... Hu hu hu... Bawak tubuh badan dan bawak ID tag serta semakphone sahaja...wakakakaka... Makanya iolss jawablah... "Sorry I tak bawak duit lah". Dalam keadaan yang terkujat sedikit iolss menjawab. Yelah tak kenal tak apa kann??? Tiba2 tanya macam tu... Mestilah pelik...Kalau uolss pun mesti pelik jugak kann??? Kemudian, dia continue letakkan sabun di tangan dan cuci lagi tangan dan lap lagi... 

Selepas pada iolss dia tanya kepada seorang lagi wanita di dalam washroom tersebut...Wanita tu pun terkujat dan geleng kepala menandakan tak ada... Hurmm...itu waktu tengah hari sebelum lunch... Petang sekali lagi iolss masuk... dia masih ada...dan buat perkara yang sama... Dan tanya lagi dengan iolss... "Ada 2 ringgit tak???"... Jawapan iolss tetap sama uolss...Hu hu hu... 

Ok, tamat hari Selasa... masuk hari Rabu, iolss standby siap2 bawak 2 hinggit pergi washroom... dan as expected dia ada lagi dan masih buat perkara yang sama... Sebelum dia tanya, iolss terus bagi... So iolss pun teruskanlah urusan kan??? Dah tentu2 tujuannya masuk washroom ada urusan peribadi uolss...Tapi, bila dah selesai urusan, bila nak keluar jer, dia masih ada di situ dan buat rutin yang sama...dan bertanya kepada orang2 lain dalam washroom tu "Ada 2 ringgit tak???"

Agak2 uolss sesuatu tak??? Bagi iolss sesuatu lah...Kalau hari2 masuk washroom asyik kena pau 2 hinggit ni dah boleh diibaratkan seolah2 masuk premium washroom kat KLCC dah uolss... kalau premium washroom tu tak apo...Ini biasa2 jer... Standard office washroom... ha ha ha... Tapi kalau hari2 kena bayar 2 hinggit masuk washroom pun... rasanya ramai yang akan cari washroom lain kot???
*Mungkin dia di dalam kesusahan...Kita tak tau apa masalah orang kann??? Jadi nak hukum pun macam tak adil pulak pada dia... Iolss sekadar bercerita dan berkongsi kejadian "sesuatu" yang oddly happens to me... Sekadar bercerita di pagi Jumaat....

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles