![]() |
Source Extracted from Google |
2 Oktober 2014, dah selamat pun naik harga minyak Ron 95 dan Diesel uolsss... Naik 20 sen... Harga baru bagi Ron 95 adalah RM 2.30 seliter dan bagi Diesel RM 2.20 seliter sepertimana yang diwar2kan melalui media massa semalam kann??? Berpusu2 ke keadaan di petrol station seperti harga minyak sebelum2 ni dan seperti yang iolss pernah ceritakan di dalam entri INI dahulu???
Bila tengok entri lama sendiri, terperasan yang harga minyak naik pada bulan September 2013 dan kini Oktober 2014 harga minyak naik sekali lagi. Macam dah dirancang2 jer gayanya selepas setahun naik lagi... Taklah tuduh, tapi plot cerita tu terasa macam tu pulak... ataupun ianya hanyalah satu kebetulan. Ini something that ponder my mind jer ek??? Bukan nak blame provoke atau menjatuhkan mana2 pihak pun...Cuma logically, iolss terfikir pulak... hurmm... Tapi this time around kebetulan harga minyak naik... tank penuh lagi, so tak adalah terperangkap macam tahun lepas bila semua orang berpusu2 nak isi minyak.
Teringat pulak incident tahun lepas yang mana semua orang berpusu2 memenuhkan ruangan petrol station dan masing2 berlumba2 untuk memenuhkan tangki minyak kenderaan memasing. Semuanya gara2 penangan kenaikan harga minyak. Sampai congested petrol station uolsss... Ingat lagi tak situasi tahun lepas semasa kenaikan harga minyak??? Hu hu hu... Kebetulan waktu tu tank iolss dah berkelip mintak refill, makanya turut sama terperangkap dalam situasi itu.
By right, secara common sense-nya dengan menyesakkan petrol station sebelum tiba keesokkan harinya yang mana minyak dijual dengan harga baru... it doesn't change anything. Kerana sesuatu yang dipakai akan habis dan esok2nya akan minta diisi semula ye tak??? So... why must kita react sebegitu rupa??? Everyone has different thinking and everyone has a different point of view. Therefore, I am not surprise if ada di antara uolss yang membaca entri ni tak bersetuju dengan pandangan atau pendapat iolss...
Suka atau tidak, perit atau tidak, selesa atau tidak, harga minyak tetap naik kann??? And this where we use the quotes... life must go on. Mungkin ada pihak yang mengatakan why bother it's only 20 cents... Hu hu hu... Again different people, different view... Masing2 ada pendapat tersendiri... bagi iolss yang menanggung segala komitmen hidup solely on me... 20 sen itu besar maknanya... it will sooner or later has it's own effect... Lagi2 distance office dari rumah memang boleh dikatakan agak jauh... dan hari2 terpaksa tempuh massive traffic congestion. Bila petrol naik, tak mustahil selepas ini barang keperluan harian yang lain akan naik jugak. Selalunya begitulah pattern-nya...
Akan ada suara2 yang akan menyuarakan... kalau dah tau begitu, ukurlah baju di badan sendiri... Hurmm... bagi sesetengah orang even dah ukur baju di badan sendiri pun... tak dapat nak elak macam mana sebab secara realitinya, barang2 asas yang paling simple untuk kelangsungan hidup pun dah meningkat kosnya. Well, we should not assume on people's hardship or expression of perspective from their situations and conditions. Mungkin pada kita senang, ok dan tak apa2, manakala bagai dia ia adalah sesuatu yang berat ye tak??? ^_^...
Solution apa yang ada nak tampung kos kehidupan yang semakin hari semakin tinggi??? Tukar tempat kerja supaya dekat dengan rumah perhaps??? Ha ha ha, kalaulah semudah memetik jari... semua orang pun akan lakukan perkara yang sama... Car pool??? Tak semua orang senang dan selesa dengan idea car pool uolss... Hati manusia kita tak dapat jangka kann??? ^_^... Buat kerja part time untuk tambah income untuk tampung cost of living yang semakin tinggi??? Mungkin jugaklah... biasa kita dengar dalam kehidupan ni duit bukanlah segala2nya... tapi errr... jujurlah uolss... applies ke dalam zaman sekarang ni??? Zaman sekarang duit serba serbi.. masuk toilet awam pun 30 sen tapi kalau toilet premium mau sehinggit atau dua hinggit... Semuanya berbayar kann??? Nothing is free now a days... Bila dalam situasi beginilah apabila semuanya duit menjadikan weolls secara sedar tak sedar... mungkin dididik oleh keadaan situasi dan masa kepada materialistik, hamba duit... Kerana apa??? Kerana kelangsungan hidup perlu diteruskan... Bukan cakap orang itu orang ini... diri weolls sendiri pun sama sebenarnya... hu hu hu...
*Kalau macam tu, tak salahlah kan kalau bloggers meminta bayaran untuk event coverage ataupun reviews... sebab situasi dan keadaan semasa... PR2 company di luar sana or sesiapa sahaja yang nak engage bloggers pun kenalah considerate kann??? Kesian pada bloggers yang mencari makan melalui blog ni uolss... #ehhh off topic plak... larikkk... ha ha ha... oklah sebelum melalut lebih panjang... iolss nak buzz off to dreamland dulu... ta ta ti ti tu tu... Assalamualaikum...