![]() |
Source Extracted from Google |
Kalau kat Malaysia ni... huh... berlumba2 parents especially mak2 gi order online la, beli la dan bermacam cara gaya membeli nak dapatkan botol susu Phillips Avent... ekekekeke... ^_^... Brand paling ngetop dan fofular la katanya... dan rasanya tu yang paling hot kat Malaysia ni pun... rata2 parents memang dok pakai bottle Phillips Avent... Sana sini, kalau ada baby, kalau x banyak satu pun mesti ada botol susu Avent ni ye tak? Good! Keep itu up... Keprihatinan dan alertness atas keselamatan baby memasing...
But to those yang belum pernah ada experience kan... especially uols2 yang belum kahwin dan akan berkahwin... juga yang bakal ada baby cam akak ni... might be ada yang tertanya2 kenapalah botol susu Phillips Avent ni fofular sangat... dan mungkin akan ada yang beranggapan sebab branded kot? Ekekekeke...
Hurm... dari pembacaan dan kajian...(ceh, kajian...x menghingat betul ayat) menurut Agensi Piawaian... Ya, menurut Agensi Piawaian Makanan UK. Botol bayi plastik adalah selamat jika digunakan dengan betul.
Plastik yang digunakan untuk membuat botol bayi mengandungi bahan kimia yang dipanggil Bisphenol A (BPA). Kebimbangan mengenai BPA adalah dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti penyakit jantung, kanser, kencing manis dan perubahan kepada sistem hormon manusia.
Pada tahun 2008, penggunaan BPA dalam botol bayi telah diharamkan di Kanada. Dan pada tahun 2009, pengeluar botol bayi di Amerika Syarikat telah bertindak balas daripada hasil tekanan para pengguna mengenai penggunaan BPA dengan mengeluarkan bahan BPA dari botol mereka.
Walau bagaimanapun, Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Eropah (EFSA) dan Makanan Badan Piawaian (FSA) mengatakan bahawa BPA digunakan dalam kuantiti yang selamat dalam botol bayi.
Tapi, sebagai langkah berjaga2 dan eloklah kalau boleh jangan pakai botol susu yang ada BPA...terdapat beberapa alternatif untuk menggunakan botol yang tidak mengandungi BPA. Banyak pengeluar membuat botol yang BPA-free. Sebahagian daripada jenama-jenama tersebut adalah:
Botol kaca juga bebas daripada bahan kimia tetapi terdapat risiko kaca retak semasa pensterilan, menyebabkan serpihan kaca bercampur ke dalam susu. Hu hu hu...bahaya bahaya... Nauzubillahminzalik...
*Jadi sebagai ibu bapa yang prihatin, buatlah pilihan yang terbaik untuk anak2 masing2... *_^... (pesanan khidmat masyarakat yang tidak berbayar serta ikhlas)...heeee...
Credit, Reference & Sources: HERE
*Jadi sebagai ibu bapa yang prihatin, buatlah pilihan yang terbaik untuk anak2 masing2... *_^... (pesanan khidmat masyarakat yang tidak berbayar serta ikhlas)...heeee...
Credit, Reference & Sources: HERE