![]() |
Source Extracted from Google |
Ilmu parenthood ni meluas, dan sangat subjective... Bukan bermakna bila anak dah berderet kitalah ibu bapa yang hebat dan terbaik, dan bukan bermakna bila masih belum mempunyai anak, kita x perlu mencari ilmu tentang parenthood. Perangai dan sifat anak2 ni berbeza antara satu sama lain... dan cara kita sebagai orang dewasa untuk mendidik serta tackle anak2 tersebut supaya mendengar kata juga berbeza dari seorang ke seseorang yang lain... Yelah, manusia ni kan unik? Mempunyai sifat yang berbeza... Ada anak yang tak boleh dilentur dengan kasar, perlu dilentur dengan lembut, dan ada anak yang tidak boleh dilentur dengan lembut, perlu dilentur sedikit keras... I believe those yang dah berpengalaman mesti mengakui ada sedikit kebenaran di sebalik kata2 ini... (dah bunyi macam pakar parenthood pulak kan? tapi bukanlah nak kata saya pandai sebab saya sendiri masih menuju ke arah itu, cumanya itu apa yang saya perhatikan...kata mama, cakap tu biar berlapik dan beralas sebab kita tak tau lagi macam mana coraknya or bahagian kita dalam sesuatu perkara....takut2 nanti kata2 termakan kepada diri sendiri...)
Sedikit perkongsian dari pembacaan di FB dari seorang rakan...
Ibu bapa perlu mengenali 10 tanda perilaku berikut yang menunjukkan ciri2 anak manja yang mungkin sukar dikawal. Segeralah bertindak menanganinya sebelum terlambat.
1. Mereka akan menangis dan menjerit jika inginkan sesuatu.
2. Suka merajuk sambil terlentang di lantai dan enggan bangun jika kemahuannya tidak dituruti.
3. Sering marah dan memukul ibu bapa apabila dikenakan hukuman atau dimarah.
4. Mengabaikan pertanyaan ibu bapa.
5. Bersikap kasar dengan orang dewasa dan adik-beradik lain.
6. Menolak berkongsi mainan dan sebagainya dengan adik-beradik lain.
7. Suka menjadi perhatian jika berada dalam kumpulan kanak2 seusianya.
8. Selalu mahukan apa yang menjadi milik orang lain. Bila berjaya mendapatkannya mereka inginkan sesuatu yang baru pula.
9. Membiarkan bilik bersepah dan tidak mahu mengemasnya sehingga akhirnya ibu bapa mengalah dan membereskannya kerana tidak sanggup melihat keadaan itu.
10. Sukar tidur mengikut waktu yang sepatutnya.
Apa Yang Harus Dilakukan?
1. Berikan mereka ganjaran bagi kelakuan baik yang ditunjukkan, dan hukuman bagi kesalahan yang dilakukan. Bila anak menjerit mahukan sesuatu, jangan berikan sehingga mereka menyedari yang tingkah laku tersebut salah serta meminta maaf.
2. Apabila mereka sedang marah dan enggan berganjak daripada lantai, angkat dan masukkan mereka ke dalam bilik sehingga mereka tenang dan meminta maaf atas kesalahan.
3. Apabila anak2 mengabaikan perintah anda untuk melakukan sesuatu, hukumlah segera. Suruh berdiri di satu sudut dan jangan berganjak selagi belum meminta maaf.
4. Jangan turuti semua permintaan anak. Biasakan anak berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan.
5. Jika bilik mereka bersepah, jangan izinkan mereka keluar dari bilik sehingga mereka membersihkan bilik.
6. Tetapkan waktu tidur mereka dan didik mereka berdisiplin dengan peraturan tersebut. Anda mesti bertegas dengan peraturan yang dibuat dan jangan mengalah dengan pujuk rayu anak.
Ini adalah antara tips yang dicadangkan yang mungkin sedikit sebanyak dapat memberi panduan buat kita semua, tapi sudah semestinya semua ibu bapa di luar sana mempunyai cara tersendiri masing2 dalam mendidik anak masing2 kan? ^_^... Kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya, kalau dah jadi buluh memang susah sikit nak dibentuk...
*Teringat diri sendiri, dan cara dibesarkan, even though I am the only daughter and the only child... frankly saya tidak pernah dimanjakan berlebih2an tapi sifat manja tu memang ada... ihiks...itu diakui... Nah nah nah, jangan ingat saya x pernah kena rotan, marah dan pukul semasa kecik sampai ke sekolah menengah... Apa jer yang tak rasa? Hanger? Rotan halus? Segala bagai rasa occay? Ha cerita pasal only child ni, nanti sambung entry lain ek?