![]() |
Source Extracted from Google |
Semestinya KLIA sekarang ni tengah diselubungi suasana suram, sedih dan terlalu ramai orang yang hadir untuk turut sama menyertai Istiadat Penerimaan Jenazah Mangsa Nahas MH17. Walaupun, iolss tak hadir di lokasi istiadat berlangsung tetapi kesedihan serta kesuraman itu tetap iolss rasakan dan iolss percaya sebagai rakyat Malaysia uolss pun turut merasakan kann???
Menurut sumber di SINI semasa raptai berlangsung... anggota tentera dilihat mengusung keranda jenazah dan juga bekas abu khas yang ditutupi atau diselimuti dengan Jalur Gemilang yang akan dibawa ke van jenazah .
Menurut satu sumber yang lain lagi di SINI... istiadat dijangka bermula pada jam 6 pagi dan dijangka berakhir pada jam 1 tengah hari di Kompleks Bunga Raya KLIA dan sepertimana yang telah diwar2kan sebelum ini...Orang ramai yang ingin menghadiri Istiadat Penerimaan Jenazah ini diminta hadir tepat pada waktunya. Kalau lambat, iolss pun tak pasti-lah... Macam sekarang ni kann? Memang dah lewat-lah... Jalan pastinya banyak block sana sini dan juga sesak... Sebab ramai yang dah hadir lebih awal.
Apa2pun, semoga Istiadat Penerimaan Jenazah ini berjalan dengan lancar dan sempurna seperti yang dijadualkan serta dirancangkan. In Shaa Allah...Mudah2an... Amin...