![]() |
Source Extracted from Google |
Hamboiiii pung pang pung pang uolss dok bercerita tentang Rindu Awak 200% ni ek??? Sejujurnya iolss belum ada masa lagi nak marathon slot Akasia ni dari siri yang pertama... Tengok pukul 7 malam di kaca TV??? Memey taklah uolss... Ahakss..Keluar office pun dah pukul berapa??? Tak sempat, tak sempat... Kalau rajin bolehlah bukak TV3 online streaming dalam kereta...Tapi kebiasaannya diselubungi oleh rasa malas nak bukak...wakakakaka.... Boleh??? Boleh jer...dengan alasan... nak tumpukan pada penumpuan...Kununnn.... Ber-What's App bagai tu apa cerita ye tak??? Hik hik hik...
Dek kerana uolss dok pung pang pung pang cerita pasal Zul Ariffin ni...iolss ingat ada baca sinopsis novel ni hari tu... tapi macam nak kena refresh balik jer??? Okkk... saja nak type sinopsis ni kat sini...even though uolss lagi expert dari iolss kannn??? Ha ha ha...
Sinopsis
Zill Faezrul Iqbal - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celupar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya.
Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel.
Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque!
Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh?
Kredit: SINI
Nak baca novel ni secara online pun boleh gamaknya...sebab iolss terjumpa di SINI ... Tapiiii, uolss mesti ada yang dah baca kann??? Kann??? Kann??? Kann???
Jap nak cakap... Ni tak lain tak bukan, cliche novel biasa... Zul Ariffin ni mesti kaya kann sebenarnya tapi menyamar jadi technician??? Ihiks... *_^... Oklah...sebab uolss dok cerita2...iolss pun dah mula ter-influence nak tengok ni...Bukan setakat uolss...kawan2 sekolah menengah iolss pun sama emo update status FB tentang Rindu Awak 200% ni...
*Best ek uolss??? Best ek??? (Ha ha ha...banyak pulak tanya...nak tengok tengok jer lah kann???)