![]() |
Source Extracted from Google |
Ini masalah biasa kannn uolss??? Ada sesiapa yang kuku kaki uolss yang tak pernah mencengkam??? Dalam hidup mesti at least sekali rasa kannn??? He he he... Tergerak nak bercerita sebab minggu lepas baru jer selesaikan masalah ingrown toenail a.k.a. kuku kaki mencengkam ni uolss... Dan saja2 nak kongsi dengan uolss dari hasil pembacaan di SINI
![]() |
Source Extracted from HERE |
Pengenalan
- Kuku cengkam atau 'ingrown toenail' boleh dialami oleh sesiapa sahaja.
- Biasanya terjadi pada ibu jari kaki dan boleh berulang2.
- Bahagian hujung tepi (bucu) kuku tercucuk ke dalam kulit (mencengkam) menyebabkan ia menjadi bengkak, merah dan sakit.
- If tak dirawat jangkitan boleh berlaku di bahagian yang mencengkam tersebut.
- Mungkin juga adalah disebabkan faktor keturunan (kecenderungan mempunyai bentuk kuku mencengkam)
Bagaimana Merawat & Mengelakkannya???
Elakkan punca seperti:
- Memakai kasut yang ketat atau kasut tumit yang terlalu tinggi (ini akan menyebabkan tekanan di bahagian hujung jari) ---ha ha ha... iolss selalu pakai heels kot sampai jadi macam tu???
- Memotong kuku terlalu pendek (kuku yang terlalu pendek akan mencengkam sedikit demi sedikit apabila ia panjang semula. Cara betul memotong kuku adalah: potong lurus di bahagian hujung kuku dan pada aras sama atau lebih panjang daripada bahagian kulit. Ok tengah imagine...ha ha ha...
- Jangkitan fungus / kulat kuku (kerana ini boleh menyebabkan kuku menjadi tebal dan tidak sekata dan mencengkam bahagian tepi kuku)--- ho ho ho, tak pernah ada masalah ini...kaki i bersih ok???
Sentiasa periksa bahagian jari kaki terutama bagi pesakit diabetes atau mereka yang berisiko mendapat kecederaan hujung jari seperti pemain bola dan lain2.
Amalkan penjagaan kebersihan kaki seperti rendamkan dalam air suam 2-3 kali sehari untuk mengeluarkan kotoran dan kulit mati (selalu buat ni...ihiksss) dan cuci kaki dan celah kuku dengan sabut dan pastikan kaki sentiasa kering... (hari2 berus kaki ok???)...
Dapatkan rawatan jika keadaan menunjukkan gejala radang atau jangkitan (antara rawatan adalah ubat2an dan minor surgery)... Your health is your responsibility gitewww...
*Iolss bila kuku kaki mencengkam ni suka selesaikan lepas mandi...sebab time tu kuku tengah lembut kannn??? Tak susah payah dan sakit sangat nak mengorek kuku yang cengkam tu... Tapi bila dah dapat settle "minor surgery" tu sendiri... phewww tetiba rasa puas ko...cam best pulak...ahakss....