Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Penyusuan Susu Bagi Ibu Yang Bekerja | Cara Penyediaan

$
0
0
Source Extracted from Google
Walaupunnn Ash tak minum susu ibu selepas habis tempoh confinement kerana Ash sendiri tak nak dan kalau dipaksa beliau akan muntah lilah.... Tapi sukalah kiranya iolss ingin berkongsi dengan uolss tentang info ni... ^_^... Tak dinafikan ada di kalangan weolls yang lebih expert melalui experience menyusukan anak sendiri...Tapi tak salahkannn kalau iolss berkongsi??? (Statement tak salah ni dah jadi macam skrip pulak kat Bubblynotes ni, dok ulang2 tanya soalan ni...he he he...)... 

Yang iolss nak cerita ni adalah penyusuan susu bagi ibu yang bekerja yang iolss baca di SINI ... baca uolss sekadar mengambil ilmu pengetahuan...walaupun iolss tak melalui fasa2 menyusukan Ash dengan susu Ibu lagi sekarang... Tapi ilmu pengetahuan tu kan tak terbatas... So, carilah ilmu yang baik di mana sahaja... betul tak??? Ilmu yang tak baik tu jangan sekali2 dekat... Jauhi diri dari ilmu2 yang tak baik kerana ia akan merosakkan diri sendiri.... Nauzubillahminzalik... 

Bagi ibu2 yang bekerja, penyusuan ibu tidak perlu dihentikan walaupun ibu bekerja. Ibu perlu membuat perancangan dan persediaan sebelum mula bekerja. Perkara yang paling pentin adalah mempelajari bagaimana caranya untuk memerah susu ibu, mengamalkannya dan melatih bayi untuk mengambil susu itu. 

Masa Untuk Mula Memerah Susu Ibu
 
Mula belajar memerah dan menyimpan susu ibu 1 hingga 2 minggu sebelum mula bekerja. Lakukan selama 15 hingga 20 minit. 

Teknik memerah susu ibu, iolss tak perlu berkongsi dengan lebih detail di sini, tapi kalau ada yang nak ambil tahu dan belajar...boleh baca di SINI 

Yang iolss nak kongsi dengan uolss kat sini adalah cara menyediakan susu yang telah diperah untuk baby uolss... ^_^ 
  • Susu yang telah diperah perlu disuamkan terlebih dahulu sebelum diberikan kepada bayi.
  • Susu yang telah dibekukan, perlu dibiarkan cair dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam atau dengan cara meletakkan bekas di bawah laluan air paip.
  • Rendamkan bekas susu yang telah diperah ke dalam air suam. Jangan gunakan air yang panas kerana ini akan menyebabkan susu bertukar pekat dan bergentil.
  • Susu yang diperah tidak boleh dimasak atau menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk tujuan memanaskan atau mencairkannya.
  • Suhu susu yang sesuai boleh diuji dengan menitiskannya sedikit di bahagian pergelangan tangan (wrist).
  • Susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk mesti diberi kepada bayi dalam masa 1 jam. Susu yang tidak diminum atau susu yang selebihnya tidak boleh dibekukan semula.
Mengajar Bayi Minum Susu Yang Telah Diperah
  • Uolss dinasihatkan melatih bayi minum susu yang telah diperah 2 minggu sebelum uolss kembali bekerja.
  • Gunakan jadual berikut sebagai panduan: sssss

Kalau tak nampak sila klik untuk tumbesaran... he he he...

Hari 1-3:
Penjaga perlu memberikan susu yang diperah kepada bayi hanya pada waktu sarapan pagi. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.

Hari 4-6:
Penjaga perlu memberikan susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi dan waktu minum pagi. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu pada waktu2 yang lain. 

Hari 7-9:
Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi, waktu minum pagi dan waktu makan tengah hari. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu. 

Hari 10 - 13:
Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu siang dan ibu susukan bayi dengan susu ibu pada sebelah malam.

Begitulah kaedahnya... kalau Mummy kerja dekat2 dengan nursery atau pusat jagaan atau pengasuh anak tak apalah buat cenggini, tapi kalau distance tempat kerja tu jauh...makanya tu yang kena practice 2 minggu lebih awal tu, bagi memudahkan tugas dan keadaan... ^_^... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928