Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Iftar Cooking | Udang Masak Serai Wangi...

$
0
0
Tu diaaa, dengan sudip2 dengan kuali2 sekali Mummy Ash tayang...muahahaha... tak sempat nak plating2, tak sempat nak deco2, dari kuali terus ke kamera dan seterusnya ke blog... Oopsss bukan sengaja nak bagi uolss terliur ok??? Tapi nak kongsi dengan uolsss iolss masak apa semalam... hik hik hik... Ini adalah Udang Masak Serai Wangi versi iolss... Masalahnya ada ke orang yang terliur ni???

Biasalah kann??? Bila dah selalu sangat jadi BFF dapur ni, terus tak tau nak masak apa uolss...hurmm...masalah sejagat ni, dah lama pun iolss dok ulang2 mengomel tentang tak tau nak masak apa or jadi congested jap otak memikir bila nak memasak.... Dan Udang Masak Serai Wangi ni bukan resipi ciptaan iolss okkk??? Kisahnya hari tu iolss ada berjalan2 ke blog kengkawan lepas tu ternampak satu resipi ni iaitu Udang Masak Serai.... Ha ha ha...Iolss tambah wangi kat hujung nama resipi ni... sebab iolss guna serai wangi...

Kot2 lah ada gak yang terberkenan nak masak Udang Masak Serai Wangi ni kannn??? Iolss saja2 jer kongsi dengan uolss... Kalau nak cuba silakan kalau tak nak pun tak apa...No harm uolss...Sekadar berkongsi jer... Hew hew hew... (bunyi macam pasrah jer...ahaksss).... 

Bahan2
  • Udang harimau ke, udang galah ke, ikut suka uolss lah nak banyak mana, digoreng separuh masak
  • 4 batang serai wangi
  • 100 gm cili kering
  • 100 gm bawang merah
  • 100 gm cili merah
  • 70 gm bawang putih
  • 70 gm halia muda
  • Agak2 saiz ibu jari lengkuas (ni iolss tambah sendiri sesuka suki hati iollss...ha ha ha)
  • 3 sudu besar pati asam jawa
  • 30 gm belacan yang dibakar... (iolss suka sangattt bau belacan bakar...muahahaha...tak taulah kenapa)
  • 100gm pati santan
  • Garam dan gula/serbuk perasa secukup rasa 
Kaedah Masakan
  1. Blend serai wangi , cili kering, bawang merah, cili merah, bawah putih, halia muda dan lengkuas sehingga lumat. Tuangkan sedikit air dalam blender tu ek, tapi jangan sampai cair sangat sebab nanti masa uolss menumis, ramuan tu jadi kurang garing dan pucat.
  2. Bila dah lumat semua bahan2 yang dikisar tadi, tumis sampai naik bau ok...Masa ni baunya memang harum mewangilah.... Bau tumis kan sedap... 
  3. Setelah naik baunya, masukkan sedikit air asam jawa dan sedikit santan cair. Masak atas api yang sederhana sehingga kuah menjadi pekat...ha ha ha...giteww arahan chef tak bertauliah ni... 
  4. Kemudian, masukkanlah udang2 yang telah digoreng separuh masak tadi bersama sedikit santan lagi. Tak lupa jugak garam dan gula/serbuk perasa secukup rasa ek??? 
  5. Masak sampai udang2 tu bertukar menjadi empuk...
Lepas dah siap biasalah, hidangkan untuk iftar...  Percubaan pertama macam not bad...dan selepas ni bila dah siap rotation menu2, memang tak serik kot nak masak lagi... Pada tekak iolss best lerr...Pada tekak uolss iolss tak pasti... Tapi pada siapa2 yang bercadang2 nak mencuba tu.... Selamat mencuba....

*Terima kasih pada tuan yang berkongsi resipi ni hari tu... he he he.... Blog mana? Iolss seriously tak sempat nak copy link uolss... Tapi tuan punya blog post somewhere either Thursday or Friday last weeklah jugak.... Yang pastinya ilham dari tuan punya blog tu... Hu hu hu... Bila dah banyak sangat kawasan yang iolss landing...sampai tak ingat yang mana satu dah...Nak kena landing kat blog tu dulu, pas tu baru ingat...Ha ha ha...boleh???

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles