Ulang tayang gambar yang sama dari entri INI, semata2 nak tayang bantal papam Ash... Ahakss... Jangan harus hilang bantal papam tu... Mengamuk dia memang semacam... Semua jadinya serba tak kena... Itu salah ini salah... Ibarat nyawa dia bantal papam dia tu dan itulah bantal pertama Ash sewaktu lahir... Memang patut pun dia sayang... Sentimental value tu pada dia...Ahakss... Adoiiiii... Tapi Mummy pun sama uolss... Bantal papam hasil duit Nuffnang giteww namanya... Wakakaka... Itu pun nak mention... Perlu ke???
So why kanak2 sukalah sangat dengan bantal busuk ni??? Tabiat kanak2 tidak mahu renggang dengan bantal buduk dipanggil "clinging behavior" atau tingkah laku yang bergantung kepada sesuatu benda dan tidak mahu berenggang dengannya. Ia tidak terhad kepada bantal atau anak patung sahaja. Sesetengah kanak2 menjadikan kain selimut tertentu, sapu tangan dan seumpamanya sebagai objek selesa mereka.
Tingkah laku pautan (clinging behaviour) adalah sikap biasa yang sering terjadi kepada bayi dan kanak2 di peringkat awal. Biasanya tabiat ini bermula di rumah dan berlaku kepada kanak2 yang kurang stimulasi dan mahukan sesuatu untuk peneman untuk menenangkan diri mereka. Erks...Ash kurang stimulation ke??? Hu hu hu... hari2 Mummy interact and stimulate his thinking....Apakah??? Kurang lain ni agaknya... Ok... Mummy tau apa... tapi tak perlu cerita kat orang...Shhhh... kita dua jer tau apa kan Ash??? Ekekeke...
Kanak2 yang begini akan memegang bantal, kain atau anak patung sebelum tidur kerana rasa ingin ada seseorang bersama mereka... Dush dush tetiap malam Mummy dok peluk kot... Tapi tengah2 tu mesti ada bantal papam dia... Perlakuan menggentel bantal atau kain ini seakan memberi keselesaan sehingga menjadikan mereka asyik. Dek keasyikan menggentel bantal, membuatkan mata mereka mudah terlelap dan perkara ini berulang2 sehinggalah ia menjadi satu tabiat yang sukar dikikis.
Ada juga sesetengah kanak2 berbual dengan bantal atau anak patung kesayangan mereka. Ini meupakan satu cara untuk mereka berkomunikasi dan ia dipanggil teman imaginasi (imaginary friends). Sebenarnya mereka mahukan seseorang untuk meluahkan perasaan, namun disebabkan kesibukan ibu bapa atau pengasuh, luahan itu terpaksa disalurkan kepada teman imaginasinya itu. Phew... harap2 anak Mummy taklah sampai peringkat imaginary friends ni ek??? Nak luah apa2 Ash luah jer kat Mummy ni ha... You've been given and gifted to a very open minded and non-orthodox Mummy... In Shaa Allah, I'll be able to follow your flow but that doesn't mean I agree to everything you think and do yer my baby son??? Yang salah tetap salah, yang betul tetap betul... dicipline is a must!!!
Satu lagi punca tingkah laku yang bergantung kepada sesuatu ini juga disebabkan oleh rasa ingin selamat (sense of secure). Kanak2 kecil belum memahamj konsep kehilangan sementara katanya. Mereka tidak faham bahawa sesuatu benda yang hilang itu akan muncul kembali dan kerana itu mereka mahukan ada sesuatu yang menjadi peneman mereka. Dengan melakukan perlakuan sedemikian seperti menggentel bantal, kain dan sebagainya membuatkan mereka rasa selamat dan tidak ditinggalkan keseorangan.
Dalam hal begini, ibu bapa tidak perlu terlalu risau dengan tabiat menggendong bantal atau anak patung ini kerana ia bersifat sementara. Ibu bapa perlu memainkan peranan untuk mengelakkan tabiat ini daripada berterusan dengan cuba memisahkan anak dengan rakan karib mereka ini secara perlahan2. Masa yang terbaik untuk memisahkan kanak2 ini adalah ketika umur mereka mencecah 3 tahun. Ha ha ha... Ash you still have time at least another 2 years??? Sebaliknya jika dibiarkan, perlakuan ini mungkin akan berterusan sehingga mereka dewasa.
Namun, terdapat juga kanak2 yang boleh berpisah dengan teman akrab mereka ini dengan sendirinya selepas memasukk taska kerana malu kepada rakan2 yang lain. Aktiviti seharian di taska mudah mengurangkan kebergantungan kanak2 tadi terhadap bantal atau anak patung mereka.
Menurut pakar psikologi, memiliki abantal busuk hingga dewasa bukan perkara yang mustahil. Memang tidak ada kesan sampingan, tetapi tabiat ini boleh berlarutan hingga dewasa dan sukar dikikis jika tidak dikawal. Sesetengah individu sukar berpisah dengan tabiat ini disebabkan ibu bapa terlalu mengikut kehendak anak yang mahukan bantal busuk sentiasa ada bersama. Dalam hal ini, peranan ibu bapa dan pengasuh perlu ada untuk mengelakkan tabiat ini berterusan.
Kredit: SINI
Oh Ashhh... janganlah sampai nak masuk school sok2 sibuk berentakan bagai nak bawak bantal papam tu yer??? Ihiksss... entahkan bantal papam dia wujud lagi ke tidak pada waktu dan ketika itu... hu hu hu... Hopefully mudahlah nak rengangkan Ash dengan bantal papam dia, one fine day nanti....